Wednesday, 26 December 2012

MisS Ya!

Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat petang uolls!! Uwaaaak…haha. Ngantuk ler. Time WINTER macam nie, rasa macam nak tidur 24 jam sehari. Tak nak bangun. Dah macam beruang kutub! *WINTER la sangat kan. Macam la kat puncak nie banjir. Hujan pun jarang-jarang jer :’)








      Oh god, I’m bored! Sangat-sangat!! Nak buat apa nie???? Nak study? Jangan harap. Bila bukak buku jer, confirm lagi rasa mengantuk. So, daripada aku tidur, lebih baik aku menghadap game, ye dok? Hahaha… :D
      Owh, semalam aku mimpi Mr.Tea. uwaaa…rindunya. Tolong! Tolong! Macam mana nie? Apa aku nak buat nie? Hari-hari tengok gambar dia pun still rindu lagi :( *dush *dush (tumbuk muka sendiri)







Woo..wooo…mood jiwang petang nie. Lapar~ ok, out dulu yer, bye2! :)

Wassalam…

Monday, 24 December 2012

Si TuLiP


Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat petang dan salam “study week”,hahaha…
      Uish, kenapa lah study week nie lama sangat? Dua minggu. Lepas tu ada gap pulak antara subjek :( adoi, hati nie rasa macam nak tercabut and terbang balik Kelantan. Rindu oiii! Rindu Kelantan!
      Dua minggu kena terperuk and bertapa dalam bilik, rimas, boring, lapar, semua ada. Lebih-lebih lagi bila cafĂ© tutup. Lapar,huhu… dah 2 hari tak makan nasi. Sadis betol!
      So, aktiviti aku minggu nie, tidur, main game, tengok movie. Sangat-sangat ‘bermanfaat’ la study week aku. Ohoh! Aku pun rimas sebenarnya dengan aktiviti aku nie. Takut aku tak sempat study kalau aku teruskan aktiviti nie, tapi nak buat macam mana, hati dah rasa malas. Lagipun cuti panjang sangat, so lebih cenderung untuk procrastinate la yer,hahaha…
      Tadi aku boring sangat, so aku just usha-usha encik google and search gambar bunga favourite aku, si tulip. Subhanallah, cantik sangat. Huhu…aku nak sangat pergi kat tempat yang ada bunga tulip. Kat Malaysia ada ke???

















Cantik kan?? Lagi cantik dari bunga ros…serious, bagi aku ros sangat common. Takde apa-apa yang special pada ros. Kenapa ros je yang selalunya dikaitkan dengan cinta and romantic? I prefer tulip. :D

#Nanti nak mintak Mr.Tea buat kebun tulip kat depan rumah, boleh? :-)

Wassalam...


Friday, 21 December 2012

I'm FReE :D

Assalamualaikum.w.b.t,
      Hoorey! Hoorey! Hoorey! I’M FREE!!!

Hehe…akhirnya~ hilang segala beban kat kepala… kejap jer rasa. Guess what, aku dah habis lecture untuk sem 1. Tinggal final exam je, then boleh balik Kelate. Heaven~ :)
      So, sekarang nie study week. Exam aku start 4 Jan 2013. Oh god, I just realize that it’s next year,hahaha…Wish me luck, everyone!


      Rasa macam cepat jer masa berlalu. Macam baru minggu lepas aku daftar kat PALAM nie. Tup tap tup tap dah habis satu sem. Bila ingat-ingat balik, tak banyak memori aku sepanjang sem satu nie. Tak banyak benda menarik yang jadi. Hubungan dengan classmates pun tak berapa ngam sangat.
      Owh, tak sabarnya nak balik Kelantan. Akhirnya, hilang semua beban lepas siapkan semua esaimen and test. Lepas nie, boleh plan untuk habiskan cuti 2 bulan kat rumah. Macam-macam benda nak buat,haha… waa, time, please fly faster. I miss my room badly :’(

#plan nak lupakan Mr.Tea perlu ditunda,hahaha…something good happened between us,kua3…so,postpone yer ^_^



Wassalam…

Saturday, 8 December 2012

BiRThDaY

Assalamualaikum w.b.t,
      Hey, guys! I’m officially 19! Oyeah!! :)



      There’s nothing special to say. Actually I’m quite sad :( Yes, I am. Coz tahun nie tak dapat celebrate aku punya birthday :( Nie tahun kedua aku sambut birthday jauh dari family. But at least tahun lepas sempat jugak celebrate dengan family, walaupun lambat. Tapi tahun nie…memang tak la. Aku balik Kelantan next year kott,haha…yeah! Januari 2013.
      However, deep in my heart, I’m really thankful to my friends, especially Geng Beranda coz still remember my birthday. Thank you! I’m really appreciate it, girls! And of course tak lupa kepada my mom, orang pertama yang wish, siap send gambar hadiah lagi,hehe… tiap-tiap tahun mesti dapat hadiah dari dia. Tapi tahun nie takde bear :(
      This cute picture is from my friend. Close friend!




      Thanks all! Okay…that’s all. Bye!


#on this special day, should I replace Mr.Tea with someone else?? I must wake up from a childish dream, right?
Wassalam…


Saturday, 1 December 2012

SiBuK!

Assalamualaikum w.b.t,
      Agak lama aku tak update blog nie. Tengok last post, pada bulan Oktober. So, lebih kurang sebulan lebih. Sampai kan sekarang nie aku jadi agak awkward nak menaip. Asyik salah tekan huruf jer. Menyampah beb!
      Actually aku sibuk. Maklum la, dah namanya pelajar, kompem la sibuk. Ada ke orang yang tak sibuk? Sape? Sape? Kalau dulu, masa asasi memang la tak sibuk sangat. Kampus pun kecik jer, tak mencabar. Sekarang nie dah jadi budak degree, cabaran makin besar.
      Tiap-tiap hari bangun pukul 6.30 pagi. Kelas start pukul 8.30 pagi sampai pukul 6 petang. Rehat 2 jam jer. Tu tak termasuk aktiviti lain macam society meeting, group discussion atau pun latihan kawad kaki. Selalunya memang sampai malam la and aku dapat rest atas katil nie pukul 2 pagi. Sangat-sangat meletihkan. Sampai aku tidur pun otak still pikir pasal kerja yang nak kena buat. Bila bangun pagi tu, mula la pening kepala. Nasib badan~
      By the way, last two week, kalau tak silap aku, aku pergi camping kat Rawang. Kem Ikhtiar Hidup under Kesatria Negara. Nasib baik cuaca tak berapa baik, so aktiviti takde la lasak sangat. Actually tak macam kem pun. Kitorang tak tidur dalam khemah, sebab cikgu takut hujan. Nie first experience aku. Walaupun takde jungle treking, jalan kaki malam-malam buta kat dalam hutan and yang paling aku bersyukur, tak kena duduk sorang-sorang kat dalam hutan pada waktu malam. Sebenarnya aktiviti last tu memang kena buat, tapi disebabkan hujan and ada pacat, cikgu batalkan. *cikgu tu instructor Kesatria, selain Komander.
      Tapi ada jugak aktiviti yang best, aktiviti yang takkan aku lupakan, iaitu kena mandi air teh, nyanyi dalam kolam, main buaya biawak, kawad itik, mandi sungai, tidur macam pelarian, jejak kasih memalam buta and banyak lagi lah. Apa yang penting, kerjaaa sama…haha… aku enjoy dengan semua benda yang aku buat. Member aku kata aku over excited. Tak kisah la. Aku ada, kau ada? :D
      Aku nie takde la bencikan outdoor activities nie. Aku suka sebenarnya. Cuma takde orang yang motivate and support aku untuk bergiat aktif. Macam explorace yang aku masuk dulu. Best sebenarnya aktiviti tu. Aku dapat belajar banyak benda. Yang paling best ialah aku boleh kenal ramai orang and rasa apa itu kerjasama antara kumpulan. Benda yang sama aku rasa masa kat camp tu. Kitorang selalu buat benda secara berkumpulan. Makan pun dalam kumpulan. Aku jugak dapat jadi diri aku sendiri. Aku dapat rasa apa itu keseronokan yang sebenar and apa itu ‘life’.
      So, aku dah masukkan *join outdoor activities dalam matlamat jangka pendek aku. Hehe… aku sedar yang hidup cuma sekali. Jangan lepaskan peluang menikmati erti hidup yang sebenar. Kita tak boleh lari dari masalah kerana tanpa masalah, hidup tiada erti. “Trouble, he will find you no matter where you go. No matter if you fast, no matter if you slow. Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine!”

#Wish me luck, guys. Do pray for my success as I’ll face final exam next month. Thank you! <3

Wassalam…

Sunday, 21 October 2012

WaTcH WHaT??

Assalamualaikum w.b.t,
      Pada suatu malam, ketika aku sedang main game…
Rumate  : Nad, kau nak join tak kitorang tengok konsert Devotees?
Aku     : Hah? Erk…Hurm…A’ah. Boleh la.
Rumate : Ok, nanti aku book tiket. Harga RM 5.
Aku    : Ok… *dengan muka blurrr.
      Dua hari kemudian…
Rumate : Nah, nie tiket kau.
Aku    : Devotees nie sape?
Rumate: Alahai, kau tak kenal ke sape Devotees?
Aku    : *geleng sambil senyum2 malu,kih3… >.<





      So, hari Jumaat lepas, aku and 5 orang lagi housemates turun ke DK500, dewan paling besar kat sini untuk menyaksikan konsert Devotees. Seriously, nie first time aku dengar nama kumpulan nie. Muka diorang pun aku tak pernah tengok.
      Tapi best jugak la performance diorang, lawak. Lagu diorang pun best jugak. Lagu yang paling aku suka, Mahar Cinta and Don’t Walk Away. Nie gambar yang aku ambik and beberapa gambar dari phone housemate aku.









      So, tu jelah yer. Tak banyak sangat nak taip. Ok la, aku out dulu. Bersiap-sedia untuk hari yang sangat meletihkan esok. Jadual aku pack kot, dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang. Lepas tu aku kena pergi meeting IBS. Fuhh…kena berkorban sebelum balik Klate.

Wassalam…
 

Wednesday, 10 October 2012

BaD GirL


Assalamualaikum w.b.t,
      Time duk termenung sorang-sorang, tetiba teringat zaman persekolahan dulu. Walaupun aku nie budak baik (ceh, puji diri sendiri!) and ada rupa macam budak skema, tapi sebenarnya ada benda yang agak kelakar and ‘jahat’ yang pernah aku buat kat sekolah.
Okay, time sekolah dulu, especially masa lower form, aku tak terpengaruh sangat dengan kawan sebab takde kawan rapat. So, kurang la sikit perkara jahat yang aku buat. But still ada…


First peristiwa yang aku ingat sampai sekarang ialah bila aku ceroboh tandas lelaki. Masa tu ada jamuan hari raya time aku form 3 and tempat yang paling dekat untuk basuh tangan ialah tandas perempuan yang ada di tingkat 2. So, disebabkan kemalasan yang membuak-buak, aku and beberapa orang classmates decide untuk masuk tandas lelaki yang ada kat bawah. Masa tu tandas kosong. So, lepas basuh tangan jer, kawan-kawan aku terus lari keluar dari tandas tu and aku adalah orang last. Tapi, tetiba paip tu buat hal and aku tak boleh tutup. Dah la kawan tinggalkan aku. Nasib2… tapi aku panggil balik diorang and bagitau pasal paip tu and one of them suruh aku ignore jer. So, aku terus lari keluar tanpa tutup paip tu.
Then, tak lama lepas tu, masa aku lalu kat depan tandas tu, aku nampak beberapa orang boys keluar dengan baju melayu yang basah. So, aku tahan gelak sesorang sambil bayangkan kepayahan diorang masa try untuk tutup paip tu. Mesti dalam hati diorang kutuk kaw-kaw punya orang yang tak tutup paip tu, kan?  Aku tak tau macam mana keadaan dalam tandas tu. Agak-agaknya banjir tak? XD



Secondly ialah masa first time aku ponteng sekolah. Actually, takde la ponteng sangat sebab hari tu ialah last day sekolah time aku form 5. Tapi, apa yang best ialah kitorang terserempak dengan cikgu penolong kanan masa kitorang on the way ke Bandar Pasir Puteh. Kitorang jalan kaki and dia dengan kereta. The best part ialah bila dengan selambanya PK bunyikan hon kat kitorang. Sangat-sangat lawak. Dengan member yang pakai t-shirt sukan sekolah, memang kantoi habis. Nasib baik hari last, haahaha…
Then, buat homework kat dalam kelas tiap2 pagi tu rasanya normal la, sebab ramai yang buat benda nie, kan? Tak nak ngaku la tu -,-‘ Aku memang selalunya akan dihantar ke sekolah agak awal sebab nak elakkan jam kat kawasan sekolah. Usually, aku adalah antara 5 orang yang terawal datang sekolah (dalam kelas aku). Top 5. So, kekadang homework tu aku sengaja tak buat sebab dah tau yang aku still sempat buat kat dalam kelas. *aku jugak suka buat kerja last minute. Yer2…memang tak baik, so jangan ikut perangai aku.



Actually ada banyak lagi, tapi takkan aku nak list semua! Okay la, esok ada test and esaimen pun bertimbun lagi. Out dulu yer. Jangan rindu aku, hahaha… kidding! Bye2…

#counting days…Kelantan is calling me. :D

Wassalam…