Tuesday, 28 August 2012

Raye 2012

Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat…teng3. Hati Raya…teng3. Hehe… Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls :) So, macam mana sambutan Hari Raya korang? Dapat banyak duit raya ke?
      Aku punya sambutan Hari Raya macam biasa jer. Takde hias rumah dengan benda-benda baru pun. Bersederhana jer cukup! Biskut raya pun tak beli tau. Tapi Alhamdulillah masih dapat merasa Almond London, Biskut Makmur, Tat Nenas and banyak lagi. Semua tu jiran-jiran and sedara-sedara yang bagi. Alhamdulillah, bersyukur kerana aku dikelilingi orang-orang yang baik hati.
      Malam raya, aktiviti aku dan keluarga sama macam tahun-tahun lepas. So bored~ Takde main bunga api sambil lompat ke sana ke mari ke apa. Adik-adik semua dah besar. Bunga api nie bukan taste diorang la. So, lepas bakar duit a.k.a main mercun, diorang duduk menghadap TV. Pukul 11 malam, semua masuk tidur. Langsung takde yang menarik. Aku? Hehehe…menghadap lappy ler.
      Hari raya pertama dan seterusnya, jugak macam selalu, walaupun kami tak buat open house, tapi rumah kami memang akan sentiasa penuh. Boleh dikatakan tiap-tiap hari open lah. Ehehek…aku tak kisah, sebab duit raya pun masyukkk~ Walaupun aku nie dah boleh dikira dewasa, tapi still ada lagi yang bagi duit raya. Kekadang tu, aku rasa malu jugak bila orang bagi duit raya. Pernah satu masa, kalau aku tak silap, raya dua tahun lepas rasanya, bila time orang nak bagi duit raya, aku mengelak, tapi still dia bagi kat aku. Segan kottt~
      Emm, something yang aku rasa berbeza and best sikit dari tahun-tahun lepas ialah aku dapat berkumpul bersama sepupu-sepupu sebela mak aku. Walaupun kurang beberapa orang, tapi still aku rasa macam bangga jugak lar. Rasa macam nak bagi tau satu dunia “WOI KORANG! AKU PUN BOLEH BERAYA DENGAN SEDARA. BOLEH HAPPY-HAPPY JUGAK RAYA TAHUN NIE!!” okay, dah bagitau.

 Nie sepupu-sepupuku. Tapi tak semua ada.


Nie adik-adik yang ting-tong.

      Kami sekeluarga memang tak sempat nak bergambar pada pagi raya. Masing-masing sibuk… okay, bubye :)

Wassalam...

Thursday, 16 August 2012

YoU'Re GoNe


Assalamualaikum w.b.t,

      Tinggal dua hari lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang tengah kalut membeli-belah, hias rumah dan buat kuih raya kan? Bagi aku, semangat nak menyambut Hari Raya tu okay, tapi yang tak okay nya ialah sifat melebih-lebih dan boros. So, sambut lah Hari Raya nie dengan penuh kesederhanaan disamping rasa bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.


      Tahun nie aku rasa sunyi sikit. Actually, tahun lepas-lepas pun sunyi jugak sebab aku hanya ada keluarga kecik (mak, abah, 2 orang adik lelaki ,atuk and nenek sebelah mak). But, tahun nie kesunyian tu lebih lagi sebab aku baru jer kehilangan arwah nenek (sebelah mak) pada hari ke-16 Ramadan tahun nie. Baru jer lagi and masih terasa kesedihan dan kehilangan arwah. 

Okay, aku tak payah balik kampung sebab semua atuk dan nenek tinggal dalam kampung yang sama (hehe…kampung aku nie la). So, selalu nya bila malam raya, rumah aku sunyi jer sedangkan rumah orang lain terang-benderang and riuh-rendah. Sob3…Sedih TT_TT

Kehilangan arwah nenek aku nie memang terasa sangat sebab selalunya, bila pagi raya, kami adik-beradik akan pergi beraya kat rumah arwah dulu (kat depan rumah aku jer). And arwah la orang pertama yang akan bagi duit raya. Aku pun dapat :) tapi tahun nie, tak tau la macam mana. Sekarang nie pun rumah nie sunyi jer. Dah tak boleh dengar suara arwah yang selalu riuh-rendah. :’(

So, persiapan raya tahun nie ala kadar saja. Tambahan pulak aku sibuk dengan persiapan untuk masuk U. huhu…tinggal 2 minggu jer lagi sebelum aku tinggalkan bilik @ gua aku nie.

Bila aku tengok wallpaper phone aku, tetiba teringat kenangan dengan arwah nenek. Masa tu kami berbual-bual kat tangga rumah aku.

Adik : Mek, nie la gambar bakal cucu mek. *ambik phone aku and tunjuk kat arwah.
Arwah : Ooo…putih. Ore gapo nie? *sambil tengok gambar kat phone.
Aku : hehe… *senyum bangga sebab kat gambar tu ialah DANIEL HENNEY. And dalam hati ‘nenek aku percaya ke???’






Kawan-kawan, tolong sedekahkan al-Fatihah kepada arwah nenek aku (the one and only woman who deserve to be my beloved grandma). Semoga rohnya tenang di alam sana. Al- Fatihah… okay, setakat nie jelah untuk entry kali nie. Bye2…

Wassalam…


Wednesday, 15 August 2012

HeLLo KiTTy


Assalamualaikum w.b.t,



      Korang kenal tak binatang comel kat atas tu? Tak? *ceh, ketinggalan zaman. Nama dia Hello Kitty. Bagi rakan-rakan yang rapat dengan aku, diorang akan kaitkan aku dengan Hello Kitty. Bila tengok aku, mesti nampak Hello Kitty. Bila tengok Hello Kitty, mesti teringat kat aku, ngeh3… lebih kurang macam tu la ^_^

      Apa sejarah dan kaitan antara aku dan Hello Kitty? Sebenarnya, aku adalah salah seorang peminat Hello Kitty. Actually, takde la minat sangat. Semuanya bermula bila suatu ketika dulu, seingat aku masa aku form 1, aku suka kumpul stickers. Kumpul punya kumpul, aku terperasan yang kebanyakan stickers tu ada gambar muka Hello Kitty.


      Masa tu aku main kumpul jer sebab Hello Kitty nie comel dan aku pulak dah sememangnya sukakan benda yang comel dan berwarna pink :) So, sejak tu la aku suka kumpul benda-benda yang ada Hello Kitty macam buku nota, key chain, beg dan baju tidur. Then, dari situ la kawan-kawan (dan aku sendiri) sedar yang aku minat HELLO KITTY.  

      By the way, ada sesetengah orang yang gelakkan aku bila diorang tau yang aku sukakan kucing comel tu. Sebabnya, bagi diorang, Hello Kitty hanya sesuai untuk budak-budak dan kanak-kanak RIBENA . So what with that? Aku tak kisah la orang nak cakap aku tak matang ke apa just disebabkan oleh Hello Kitty. Does it fair to judge someone by looking at something that he likes? If YES, then kebanyakan lelaki tak matang lar,kan? Sebabnya ramai lelaki yang walaupun dah berumur 30-an, masih suka menonton Dragon Ball and you know what? Dragon Ball pun kartun jugak, ok!


      So, akhir kata, aku nak nasihatkan anda-anda yang comel, please respect other people’s opinions and choices. Even though you don’t like it, just pretend that you do. Because it is better to do so than you hurt your friend’s feeling. Just imagine if the same thing happens to you. And the most important thing is, please think before you speak. >_<


Wassalam…

Thursday, 2 August 2012

MaTa SePeT


Assalamualaikum w.b.t,
      Tengah hari yang panas macam nie rasanya takde kerja lain yang boleh dibuat selain tidur jer, yer dok? Hahaha… tapi hari nie nak tukar rutin sikit. Jeles tengok blog kengkawan yang cun-cun belaka membuatkan beta ini nak meng’update’ sikit.
      Semalam aku teringat kat zaman aku kecik-kecik dulu. Peristiwa yang membuatkan aku gelak guling-guling bila aku ingat balik. Masa tu umur aku 7 tahun, masuk darjah satu. Aku pergi sekolah dengan rambut yang ditocang dua and sekali sekala sanggul sebab masa tu memang aku tak pakai tudung lagi. Majoriti budak pompuan darjah satu tak pakai tudung time tu.
Tetiba, pada suatu hari, apalah malangnye nasibku, bila ada senior-senior pompuan (tak ingat berapa orang) datang kat aku and dengan konfius nya diorang tanya, “ Adik, adik nie Cina ke?”. Erk?! Masa tu, aku geleng jer and dalam hati aku cakap ‘Giler? Aku nie Cina?’. Aku tak tau apa sebab diorang ingat aku nie Cina. Mata aku sepet ke? Maybe…


Bila balik rumah, aku cerita kat mak aku and dengan selamba badaknye dia cakap, “Lain kali, kalau orang tanya, cakap ‘ya’ jer”. *double Erk?! Lepas tu dia cerita yang masa aku baby dulu, ada tauke Cina kat Pasir Puteh kata aku nie macam anak dia. Uhuhuhuk…sepet sangat ke mata aku?? Aku tengok biasa-biasa jer pun. Eh, wait! Memang mata aku nampak biasa-biasa jer sebab aku pakai cermin mata. Tapi, bila aku bukak, ehehehe…agak sepet lar. Dah la bulu mata pendek, then kelopak mata pun macam pelik…yeah, macam cina, keh3…

Aku tak tau sama ada perlu bangga atau sedih dengan mata sepet nie. Actually bangga sikit sebab walaupun takde asal usul keturunan cina, orang kata aku cina. Ngeh3…Chinese look, orang kata. Tapi aku sedih giler bila tengok bulu mata adik-adik aku yang lebat and panjang giler. Kalah mata orang pompuan. Ada ker patut diorang kata mata lembu lagi cantik dari mata aku sebab bulu mata lembu lebih panjang dari bulu mata aku??? Aish, rasa macam nak bagi pelempang jer.
Tapi sekarang nie dah takde orang cakap aku Cina lagi sebab aku pakai spek, hehehe… 8=) Akhir kata, terimalah kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri dengan ikhlas dan hati yang terbuka sebab EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.

Wassalam…