Fuhhh~ What a busy week in this semester… Sepanjang aku study kat sini, starting from last sem, minggu nie lar minggu yang paling busy. Tambah-tambah pulak yang minggu nie kitorang kena present short drama and hantar skrip untuk radio drama. Memang penat sebab almost setiap petang and malam ada group discussion.
Korang boleh bayangkan tak, kitorang just ada masa 3 hari jer untuk buat skrip, hafal skrip dan plan action and props untuk drama. Skrip untuk group aku baru jer siap semalam and petang nie kitorang nak try buat action and nak tak nak, malam nie kena hafal jugak skrip tu,huhu…
Tu baru bab drama, tak cerita lagi bab assaignments, tests and presentations lagi. Pening!! :( (tapi boleh jer aku update blog nie kan? Haha…)
Semalam aku makan meggi jer gara-gara nak siapkan assaignment and slide presentation literature,huhu… hari nie pun tak makan nasi lagi,lapar… Uwaaa, nak balik! Time,please fly faster! Aku dah tak sabar nak balik cuti Tahun Baru Cina,hehe… at first memang aku tak nak balik cuti nie, tapi lecturer aku bagi assaignment pulak. Siap kena soal selidik budak sekolah, fotostat buku latihan diorang segala bagai. Tapi untung jugak, boleh balik! :)
Diam tak diam tinggal dua bulan jer lagi aku kat sini. Hurm, lepas nie aku mesti rindu bumi Kuantan nie. Nanti dah tak tau aku boleh datang sini lagi ke tak. I think that aku dapat UiTM Kuantan nie sebab dulu mak aku selalu jer cakap yang dia teringin nak datang sini setelah 17 tahun tinggalkan Kuantan. I wonder, nanti aku punya degree kat mana ek? Dulu mak aku cakap yang dia harap aku boleh masuk UM. Entah lar, mulut mak aku selalunya masin (sebab tu dia ada darah tinggi!).
Okaylah, aku nak mandi, lepas tu bersiap untuk group discussion pulak :)
Wassalam…
#I'm Miss Tea...Ahahahak. Tak de gambar tea lar. Kena bayang yang air tu air teh!
Bercouple biasanya membawa erti berdua-dua an atau berpasangan ke sana ke mari…manakala bercinta tidak semestinya berdua-duaan ke sana ke mari tapi hanya masing2 ada rasa cinta antara satu sama lain…
- Ustaz Azhar Idrus -
Quote kat atas nie adalah status daripada salah seorang rakan facebook. Aku copy post nie sebab ia menarik perhatian aku dengan perbezaan antara berCOUPLE dan berCINTA menurut pendapat seorang pendakwah terkenal. So,kalau mengikut pemahaman pertama aku, kiranya bercinta is better that bercouple. But, orang yang bercouple sememangnya mereka bercinta. So, in my opinion, sama je kot antara bercouple and bercinta. Orang yang kononnya hanya bercinta tak semestinya mereka tak pernah keluar berdua-duaan dengan pasangannya (aku cakap dalam konteks orang yang belum kahwin,belum ada ikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan).
Jalan penyelesaian yang lebih baik adalah jangan sesekali gatal mulut untuk DECLARE dengan orang yang anda cintai because once korang declare, it means that korang memasuki alam COUPLE even though korang cakap hanya pernah keluar berdua-duaan sekali jer dengan pasangan korang tu. And aku tak percaya yang ada pasangan bercinta yang TAK PERNAH keluar berdua-duaan dengan pasangan diorang. Sekali lagi diingatkan untuk diri aku sendiri, COUPLE ITU HARAM!
Instead of declare dengan orang yang dicintai tu,lebih baik korang just jadi kawan baik jer. Kadang-kadang, kawan baik lebih memahami kita berbanding pasangan kita. For example, kalau kita ada problem with our boyfriend or girlfriend, orang yang akan kita rujuk ialah kawan baik kita sendiri, even though dia daripada gender yang berlainan. Cuba fikir,kalau kita hanya berkawan,kita tak perlu terlalu menjaga perasaannya. But,kalau dengan pasangan kita, huh! It’s a kind of merimaskan. Everything must be controlled sebab pasangan kita terlalu sensitive and yang paling teruk,cemburu. Berbalik kepada kawan, pernah ke kawan lelaki kita cemburu kalau kita kawan dengan lelaki yang lain??? (aku bercakap macam aku dah ada pakwe jer,hahaha…ada aku kisah?)
Lastly, apa kata korang simpan jer perasaan korang tu dalam hati…pendam jer. Kalau tak boleh pendam sendiri, share sikit dengan member (macam aku!). But,kalau lar korang malu nak cerita dengan member coz takut diorang gelak,then tulis jer dalam diari (but pastikan diari korang berkunci dan selamat. Kalau boleh guna mangga yang paling besar). Ustaz aku kat sini pernah cakap masa semestar lepas, orang yang memendam perasaan cintanya kepada seseorang sehingga dia mati,dia dianggap mati syahid. So,tak salah kan kalau kita nak memendamkan saja rasa cinta tu kat dalam hati…? Fikir-fikir kan… :)
Entry kali nie, aku just nak share satu article yang aku baca kat internet. Jom tengok kejap…
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut: 1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. 2. Anda akan sentiasa merindui dia. 3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. 4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. 5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. 6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. 7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. 8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. 9. Dia sentiasa di fikiran anda. 10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. 11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. 12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. 13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Okay,aku mengaku yang aku pernah experienced 85% daripada perkara kat atas 2. Tapi benda tu dah lame. Tahun lepas…(lama la sangat kan?). Dah-dah…yang penting sekarang nie aku nak rasa semua benda nie dengan orang lain pulak. Dengan Mr.Tea?? hahaha… Lambat lagi lar gamaknya.
Setiap kali aku jumpa dia, aku macam sempoi jer. Takde rasa berdebar pun. Tapi,kalau rindu tu memang la ada. Macam mana tak rindu,kitorang jumpa dalam dua,tiga kali jer setahun. Cuti sem pulak tak sama. Time hari raya dapat jumpa kejap jer,kadang-kadang tak jumpa langsung. And, fakta yang aku tersenyum bila teringat kat dia tu pun betol! Especially pasal “tragedy air tea” tempoh hari.
Aku akan ingat sampai bila-bila peristiwa tu and kata-kata dia,”nak buat air tea pun tak reti?”. Hello brader, aku acah jer tu. At last,kau habiskan jugak segelas air tea yang aku buat kan? Hahaha…aku tau yang sebenarnya kau nak tambah lagi,tapi malu dengan aku and pak sedara aku kan? Hahaha…chill bro~ (perasan!).
Wishing for my own happiness with Mr.Tea eventhough he is not destined for me… :)
#mood terlebih jiwang sekarang nie. Sebab fikiran serabut kottt... my bro cakap, otak aku KURANG OKSIGEN…hahaha…may be..
Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that are not as good, but easy. So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing. They just have to wait for the right boy to come along, the one who's BRAVE enough TO CLIMB ALL THE WAY TO THE TOP OF THE TREE….
Quote nie aku curi dari wall sorang budak kat FB (aku kan stalker yang hebat,hua3). Aku suka quote nie. Lepas aku baca, aku rasa something. Aku rasa sedikit tenang and lebih yakin… Yakin yang pria hidup aku pasti akan datang kepadaku. Cuma tak tau cepat or lambat jer.
Memang sebelum nie aku agak sedih sebab aku tak ada experience bercinta. But, lepas baca quote nie,aku anggap diri aku sebagai “the apple on the top”. Memang la aku nie bukannya baik sangat and tak berapa layak untuk dapat gelaran tu. Aku mengaku yang aku ada banyak kekurangan dan kelemahan. But,jika dibandingkan aku dengan perempuan-perempuan(yang sebaya dengan aku) di sekeliling aku, aku rasa aku layak dapat title tu. Bukan sebab diorang teruk, but aku bandingkan dari segi social dan pergaulan mereka dengan lelaki.
Sometimes, I wonder kenapa aku tak pernah ada boyfriend. Half of my heart memang nak sangat ada pakwe. But,on the other half, I keep reminding myself yang “COUPLE ITU HARAM”. But again, I’m not perfect. Walau sekuat mana aku cuba untuk tidak fikir pasal couple,pakwe,boyfriend or what so ever,but aku still fikir jugak. Science students may tell that “it is because of hormone. So,nak buat macam mana..?” Alasan! Kak sepupu aku boleh je tahan diri dia dari couple sampai dia kahwin. Sekarang umur dia 27 or 28,I’m not sure. And her husband is her first love (I guess!.. Sebab dia jenis warak and tak layan lelaki. Kahwin pun keluarga yang arrange).
I try to be like her but well…aku manusia biasa (abis,kak sepupu aku tu alien?). Sometimes, I wish that I was a kid again. Aku sebenarnya takut bila usia aku makin meningkat. Bukan takut kulit berkedut, but takut sebab aku kena buat semakin banyak keputusan dalam hidup…termasuk lah bab hati dan perasaan nie. Aku kena fikir whether bercinta nie satu keperluan or tak bagi aku, bila aku boleh mula ada pakwe, dengan sape aku nak bercinta, siapa bakal pakwe aku and macam-macam lagi lah. People may just say like ”tak payah la pikir lagi benda-benda tu semua,dia datang dengan sendiri” or “percaya pada jodoh yang Allah dah tentukan”. And yang paling common, “study lah dulu sampai habis. Lepas tu bercinta la dengan sape-sape pun”.
Untuk statement yang pertama and kedua, I believe in miracle. Aku percaya pada keajaiban and kuasa Allah. But, Allah sendiri kata yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak cuba mengubahnya sendiri. So,takkan kita nak duduk ‘tercongok’ tanpa buat apa-apa and just tunggu lelaki-lelaki datang pada kita? But, aku tidak pula bermaksud yang kita perlu menggedik and mendampingi lelaki untuk dapatkan boyfriend. Maksud aku kat sini, we just have to follow the flow. Tak lah sampai tak bertegur sapa dengan lelaki,but mesti ikut batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bukannya duduk berhimpit-himpit, bertepuk tampar,cuit mencuit and soo on.
Untuk statement ketiga pulak, kena study sampai habis dulu baru boleh pikir pasal cinta? Bagi aku,kalau boleh aku nak study sampai aku dapat PHD. Kalau tak pun sampai master…masa tu umur aku 25 ke atas. Persoalannya, sanggup ke aku tahan diri aku untuk tak pikir pasal cinta dalam jangka masa yang panjang? Nak tahan diri dari rasa rindu pun punyalah sakit,perih…nie kan pulak pikir pasal cinta? Lagi satu, bila umur dah 25 or 26 baru nak pikir pasal cinta,baru nak bergaul dengan lelaki,masa umur berapa pulak nak kahwin? Orang lain dah beranak-pinak…anak sulung dah boleh masuk sekolah dah pun masa tu!
In the nutshell, I just wanna follow the flow. Just be myself and be the apple on the top. Hopefully,semakin lama aku sabar menunggu pria ku,semakin dekat dia denganku. And aku harapkan seorang lelaki yang terbaik untukku… I will wait for you! Aku masih suci dari COUPLE until I’m yours… <3
#mood: terlebih jiwang malam nie and of course I hope for Mr.tea :)