Sunday, 31 March 2013

CePaT SeMBuH, DiK~


Assalamualaikum w.b.t,
            Hai~ Alhamdulillah, aku dah sihat. Sempat jugak 2 hari aku ponteng kelas. Itu pun mak aku dah membebel. Tiap-tiap kali call, soalan wajib dia ,” Dah gi klinik?”…”Belum”… “Apa, ingat ubat nak terbang sendiri masuk mulut?”…”Ala, orang dah OK la.”…(senyap)…”Jadi ke nak balik??”. Keh3…rindu aku la tu.
            Pagi tadi, mak aku call lagi. “Jadi ke nak balik?”…”Tak tau lagi”. “Emm, adik kena masuk wad nie. Doktor kata sakit buah pinggang.”… Pang! Tetiba aku rasa macam kena petir. Otak aku jadi kosong. Habis jer cakap kat telefon dengan mak aku, aku diam. Otak aku seakan proses balik apa yang mak aku cakap.
            Adik aku sakit. Masuk wad. Sakit buah pinggang. Tu yang aku ingat. Untuk seketika aku teringat mimpi aku semalam. Mimpi yang sangat-sangat menakutkan, sampai aku tersedar dari tidur. Aku mimpi yang perut adik aku kena tekan dengan kuat sekali, dan dia meraung kesakitan. Aku tak sanggup tengok, then aku tersedar. Astaghfirullahalazim… masa aku sedar tu pukul 1.28 pagi.
            Tadi petang, aku mesej mak aku, dia cakap semalam memang adik aku tak boleh tidur. Dia kata sakit perut. Pukul 3 petang tadi dia dah masuk wad. Nie gambar yang mak aku hantar.

 Tak sanggup aku tengok lama-lama.

Masa kitorang pergi Zoo Negara, kira-kira sebulan yang lalu. Dia selalu jer marah aku jalan sambil pegang tangan dia. Tapi aku pegang jugak.


            Ya Allah, aku mohon padamu, ringankanlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh adikku. Sesungguhnya aku menyayanginya, ya Allah.

Wassalam…



Tuesday, 26 March 2013

BaD DaY


Assalamualaikum w.b.t,
            Salam Selasa semua! Okay, nak citer nie. For the whole day, hari nie aku terperap dalam bilik jer. Uwaaa…doing nothing except sleep... sleep… facebooking... sleep... blogging. And the worse thing is…aku ponteng kelas Operations Management pagi tadi and KoKu petang nie. Habis la…
            The reason is, aku demam. Sudden fever. Semalam aku okay lagi, sampai la pukul 11 malam semalam, dah mula rasa sejuk, pening and sakit perut. And semalam, panas tahap melampau. Sampaikan aku rasa nak mandi jer pukul 5 pagi. Sekarang nie rasa sejuk macam tengah main snow, and still pening sikit. Tekak pun sakit and aku kena telan roti jer. Nak minum air pun sakit. *_*


Bekalan ubat aku dah habis!! Macam mana nie? Aku nie jenis anti-hospital, klinik dan yang sama waktu dengannya. 


Dalam kesejukkan bak musim sejuk (haha…lawaknya ayat aku), aku turun ke ground floor semata-mata nak beli 100plus nie. Dah 3 botol aku telan.


            Esok ada kelas sampai petang and truthfully, aku dah tak nak ponteng kelas. Bulan nie jer dah banyak kali aku TERPAKSA ponteng kelas. So, harap-harapnya esok aku OK and boleh pergi kelas.

# Hari nie family aku pergi picnic kat pantai. Wey, serious jelous. Hopefully hari Ahad nie giliran aku pulak.

Wassalam…


Sunday, 24 March 2013

MoVe In



Assalamualaikum w.b.t,
            Hye, peeps! Sekarang aku dah pindah masuk kolej. Ops! Lupa nak bagitau. First month aku kat sini, aku duduk kat rumah sewa, sekali dengan classmates aku. Semuanya 6 orang. But, disebabkan masalah pengangkutan, aku try mohon untuk duduk kolej. Alhamdulillah, sekali mintak je terus dapat kunci bilik.
            Sem nie aku agak sibuk dengan aktiviti persatuan. (Amboi! Amboi! Dah macam mak cik- mak cik yang berpersatuan gituuu… ). Meeting pulak sampai ke malam. Minggu lepas aku kena handle (jadi urusetia jer…) untuk program bersama budak-budak baru. (budak la sangat. Diorang lagi tua dari aku kot!) Nak dijadikan cerita, aku kena hadir rehearsal, pukul 12 tengah malam. O.M.G! nasib la ada member yang duk kat kolej. Boleh tumpang bilik dia. * Thanks Nana and akak rumate Nana! :)
            Nie ada sedikit gambar rumah sewa. Tak sampai sebulan pun duk sana.


Meja study kat ruang tamu. Memang tak study la jadinya..



Dapur. Aku tak pernah masak pun,hehe…


My room. Share dengan Dyla. But sempit sangat la.


            Okay, dah tengok rumah sewa aku. Now jom selongkar bilik baru aku pulak. Even though takde mesin basuh and tv, but I think kolej is better kot.



Katil baru. Lebih selesa.


Meja study. 


Bekalan makanan. Makan itu penting! Haha…


So, that’s all utuk entry kali nie. Bye peeps!


Wassalam.