Saturday, 5 October 2013

MeNgeMBaRa & MeNggiLa ^^,

Assalamualaikum w.b.t,
            Korang ingat tak yang semalam aku cakap nak keluar pegi Shah Alam? But, sebenarnya, bukan setakat Shah Alam, tapi sampai Putrajaya kitorang merantau. And yang lebih dasyat lagi, sampai pukul 3.30 pagi. Huish, mampos aku kalau parents aku tau.

            Pengembaraan aku bermula pukul 4.30 petang bila Nana and Zaty datang ambik kat rumah sewa. Kitorang sewa kereta Myvi, kalau tak silap aku. Lepas tu kitorang pegi Karangkraf, kat Shah Alam, sebab ada Jualan Gudang Karangkraf. Kat situ kitorang dah buang masa dalam sejam, sebab tersalah tempat. Punyalah lama pilih novel, rupa-rupanya salah tempat. Tempat jualan tu kat luar, tapi kitorang pusing-pusing kat dalam bangunan.


Bangunan Media Karangkraf


             Dalam pukul 6.30 petang, kitorang pegi Plaza Alam Sentral, Shah Alam, sebab zaty nak repair lappy and kitorang pusing-pusing dalam tu. Lepas tu, disebabkan perut yang dah vibrate mintak isi, aku suggest untuk makan dulu kat KFC situ… Then sambung pusing-pusing lagi sampai pukul 9 malam.
            Bila kat dalam kereta, akak-akak tu cakap minyak banyak lagi, so kitorang melencong pulak ke i-city. At first kitorang berhenti kat luar je, tapi rasa malu pulak nak ambik gambar kat tepi jalan raya tu, dengan kereta, bas and orang lalu lalang. So, aku ajak dyorang berdua tu masuk, sebab dah alang-alang sampai, baik masuk terus. Bayar parking pun RM10 je.







Muka penat berjalan. ^^, taken by Nana.

            So, kitorang jalan-jalan, ambik gambar, record, tengok orang main, tengok orang ambik gambar sampai pukul 10.30 malam. Dalam kereta, kitorang kira anggaran bayaran kereta tu ikut tempoh masa. Masa tu dah dalam 7 jam, kitorang kena bayar RM63 sebab 1 jam RM9. So, untuk menjimatkan duit, kitorang decide untuk sewa 12 jam, sebab harganya just RM58. Lagi untung.
            Lepas decide tu, Zaty came out with a crazy plan, nak pegi jalan-jalan kat Putrajaya. Lepas bergelut dengan minyak keta yang nak abis and tak jumpa stesen minyak, kitorang pergi Masjid Putrajaya. Ingatkan boleh masuk, tapi dyorang tutup. So, kitorang pergi rumah pak sedara Zaty kat area situ, tumpang sembahyang.
            Pukul 1.30 pagi, kitorang bertolak balik. Tapi, masa kat highway mana entah, tetiba hujan lebat and ada angin kuat tu. Masa tu Nana yang drive. Dia berhenti kejap kat bawah jambatan and tunggu sampai hujan reda sikit. Lepas tu sambung lagi. Masa tu, kitorang tak henti-henti berdoa, mintak diselamatkan perjalanan kitorang bertiga.
Ya Allah, masa tu, tak tau nak cakap apa. Angin kuat sangat sampai kereta tu tertolak ke sebelah tepi jalan. Nasib baik Nana drive slow sikit. Kalau tak, sikit je kesilapan, kitorang mungkin akan accident semalam. Dah la mak aku tak tau aku keluar semalam, sebab plan kitorang sebenarnya nak keluar hari Sabtu, tapi, bila pikir yang Sabtu tu weekend and jalan jam teruk, so kitorang awalkan.  
Haish, nie la pengalaman yang paling best and at the same time, paling menakutkan. Tadi aku baru je dapat warning daripada mak aku, dah tak boleh keluar merayau sampai malam. Nasib baik dia tak marah. Fuhhh! Lega…

Wassalam…

Thursday, 3 October 2013

tHe HiDDeN SiDeS oF Me

Assalamualaikum w.b.t,
            Ramai orang, especially orang-orang yang kenal aku sebelum aku masuk Palam nie sebagai seorang yang pendiam, sopan (ceh! perasan), lemah lembut (uwekk! Sila muntah) dan segala bagai sifat yang baik-baik la. Tapi, ada benda yang korang tak tahu pasal aku. I don’t know whether it is my changes or the other sides of me that are hidden.
1. Cakap banyak
Kenapa? Tak percaya?! Yes, kalau aku kat depan orang ramai, aku akan jadi pendiam. Lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang aku tak kenal. But, sometimes, aku terlebih cakap pun ada dengan orang yang baru aku jumpa. So, rasanya it’s depends of type of people yang aku jumpa tu. Kalau yang jenis peramah and aku rasa selesa bercakap dengan dia, so aku jadi banyak cakap. Sekarang nie, bila aku kat Palam, aku dah tak dikategorikan or dicop sebagai budak pendiam lagi dah. Yea!!
2.      Pembuli
Hah, yang nie bila aku dengan kawan-kawan kat Palam. Of course la bila aku dengan geng “akak-akak” tu jer. Even though aku yang paling muda, but aku la orang yang selalu kenakan dyorang tu. Bila dengan dyorang, dah takde rasa kekok, walaupun baru sem lepas kitorang start rapat. Tapi kan, sifat pembuli tu tak boleh di’apply’kan kat rumah. Giler, nak buli budak dua orang tu? Dyorang yang buli aku ada la. Nasib la, takde geng.  
3.      Kuat merajuk & baran
Yang nie memang ramai yang tak tau. Sebabnya, kat rumah jer boleh buat. Selalunya, kalau ada jer benda yang aku tak puas hati, aku akan berkurung dalam bilik, tak pun tak bercakap sampai dua tiga hari. Tapi takde orang pujuk pun. Aku berkurung @ bertapa sampai hati jadi sejuk dulu. Lepas tu buat muka tak malu, pegi tegur dyorang (my brothers la). Mak aku cakap, aku nie sebijik macam perangai abah aku. Ala, normal la tu kan? Anak sapa lagi, kalau bukan anak abah! <3 Kat Palam, “akak-akak” tu jer yang dapat detect bila aku marah. Bila nampak aku diam and buat muka sikit, dyorang dah tau da.
      Tu la perangai-perangai aku yang korang tak tau. By the way, next week balik kampung. Hooraayyy!!! Rindu giler kat anak-anak. And this month is my mom’s birthday. Kejap lagi nak keluar, pegi Shah Alam. So, out dulu yer. Bye2…



Wassalam.