Saturday, 5 October 2013

MeNgeMBaRa & MeNggiLa ^^,

Assalamualaikum w.b.t,
            Korang ingat tak yang semalam aku cakap nak keluar pegi Shah Alam? But, sebenarnya, bukan setakat Shah Alam, tapi sampai Putrajaya kitorang merantau. And yang lebih dasyat lagi, sampai pukul 3.30 pagi. Huish, mampos aku kalau parents aku tau.

            Pengembaraan aku bermula pukul 4.30 petang bila Nana and Zaty datang ambik kat rumah sewa. Kitorang sewa kereta Myvi, kalau tak silap aku. Lepas tu kitorang pegi Karangkraf, kat Shah Alam, sebab ada Jualan Gudang Karangkraf. Kat situ kitorang dah buang masa dalam sejam, sebab tersalah tempat. Punyalah lama pilih novel, rupa-rupanya salah tempat. Tempat jualan tu kat luar, tapi kitorang pusing-pusing kat dalam bangunan.


Bangunan Media Karangkraf


             Dalam pukul 6.30 petang, kitorang pegi Plaza Alam Sentral, Shah Alam, sebab zaty nak repair lappy and kitorang pusing-pusing dalam tu. Lepas tu, disebabkan perut yang dah vibrate mintak isi, aku suggest untuk makan dulu kat KFC situ… Then sambung pusing-pusing lagi sampai pukul 9 malam.
            Bila kat dalam kereta, akak-akak tu cakap minyak banyak lagi, so kitorang melencong pulak ke i-city. At first kitorang berhenti kat luar je, tapi rasa malu pulak nak ambik gambar kat tepi jalan raya tu, dengan kereta, bas and orang lalu lalang. So, aku ajak dyorang berdua tu masuk, sebab dah alang-alang sampai, baik masuk terus. Bayar parking pun RM10 je.







Muka penat berjalan. ^^, taken by Nana.

            So, kitorang jalan-jalan, ambik gambar, record, tengok orang main, tengok orang ambik gambar sampai pukul 10.30 malam. Dalam kereta, kitorang kira anggaran bayaran kereta tu ikut tempoh masa. Masa tu dah dalam 7 jam, kitorang kena bayar RM63 sebab 1 jam RM9. So, untuk menjimatkan duit, kitorang decide untuk sewa 12 jam, sebab harganya just RM58. Lagi untung.
            Lepas decide tu, Zaty came out with a crazy plan, nak pegi jalan-jalan kat Putrajaya. Lepas bergelut dengan minyak keta yang nak abis and tak jumpa stesen minyak, kitorang pergi Masjid Putrajaya. Ingatkan boleh masuk, tapi dyorang tutup. So, kitorang pergi rumah pak sedara Zaty kat area situ, tumpang sembahyang.
            Pukul 1.30 pagi, kitorang bertolak balik. Tapi, masa kat highway mana entah, tetiba hujan lebat and ada angin kuat tu. Masa tu Nana yang drive. Dia berhenti kejap kat bawah jambatan and tunggu sampai hujan reda sikit. Lepas tu sambung lagi. Masa tu, kitorang tak henti-henti berdoa, mintak diselamatkan perjalanan kitorang bertiga.
Ya Allah, masa tu, tak tau nak cakap apa. Angin kuat sangat sampai kereta tu tertolak ke sebelah tepi jalan. Nasib baik Nana drive slow sikit. Kalau tak, sikit je kesilapan, kitorang mungkin akan accident semalam. Dah la mak aku tak tau aku keluar semalam, sebab plan kitorang sebenarnya nak keluar hari Sabtu, tapi, bila pikir yang Sabtu tu weekend and jalan jam teruk, so kitorang awalkan.  
Haish, nie la pengalaman yang paling best and at the same time, paling menakutkan. Tadi aku baru je dapat warning daripada mak aku, dah tak boleh keluar merayau sampai malam. Nasib baik dia tak marah. Fuhhh! Lega…

Wassalam…

Thursday, 3 October 2013

tHe HiDDeN SiDeS oF Me

Assalamualaikum w.b.t,
            Ramai orang, especially orang-orang yang kenal aku sebelum aku masuk Palam nie sebagai seorang yang pendiam, sopan (ceh! perasan), lemah lembut (uwekk! Sila muntah) dan segala bagai sifat yang baik-baik la. Tapi, ada benda yang korang tak tahu pasal aku. I don’t know whether it is my changes or the other sides of me that are hidden.
1. Cakap banyak
Kenapa? Tak percaya?! Yes, kalau aku kat depan orang ramai, aku akan jadi pendiam. Lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang aku tak kenal. But, sometimes, aku terlebih cakap pun ada dengan orang yang baru aku jumpa. So, rasanya it’s depends of type of people yang aku jumpa tu. Kalau yang jenis peramah and aku rasa selesa bercakap dengan dia, so aku jadi banyak cakap. Sekarang nie, bila aku kat Palam, aku dah tak dikategorikan or dicop sebagai budak pendiam lagi dah. Yea!!
2.      Pembuli
Hah, yang nie bila aku dengan kawan-kawan kat Palam. Of course la bila aku dengan geng “akak-akak” tu jer. Even though aku yang paling muda, but aku la orang yang selalu kenakan dyorang tu. Bila dengan dyorang, dah takde rasa kekok, walaupun baru sem lepas kitorang start rapat. Tapi kan, sifat pembuli tu tak boleh di’apply’kan kat rumah. Giler, nak buli budak dua orang tu? Dyorang yang buli aku ada la. Nasib la, takde geng.  
3.      Kuat merajuk & baran
Yang nie memang ramai yang tak tau. Sebabnya, kat rumah jer boleh buat. Selalunya, kalau ada jer benda yang aku tak puas hati, aku akan berkurung dalam bilik, tak pun tak bercakap sampai dua tiga hari. Tapi takde orang pujuk pun. Aku berkurung @ bertapa sampai hati jadi sejuk dulu. Lepas tu buat muka tak malu, pegi tegur dyorang (my brothers la). Mak aku cakap, aku nie sebijik macam perangai abah aku. Ala, normal la tu kan? Anak sapa lagi, kalau bukan anak abah! <3 Kat Palam, “akak-akak” tu jer yang dapat detect bila aku marah. Bila nampak aku diam and buat muka sikit, dyorang dah tau da.
      Tu la perangai-perangai aku yang korang tak tau. By the way, next week balik kampung. Hooraayyy!!! Rindu giler kat anak-anak. And this month is my mom’s birthday. Kejap lagi nak keluar, pegi Shah Alam. So, out dulu yer. Bye2…



Wassalam.



Wednesday, 25 September 2013

SeNioRiTy :)

Assalamualaikum wbt,
            Sedar tak sedar, dah lebih 2 bulan blog aku nie ditinggalkan sendirian. Ish3… fuh. Fuh. Fuh… sekarang aku dah masuk semester baru. Dah jadi senior part 3. Senior la sangat kan. Junior-junior tu semua umur 21 tahun, masuk je terus lompat ke part 3, sama macam aku. Yang takleh blah nya, ada hati diorang panggil aku akak? Excuse me?!
            Sem nie aku duk luar, rumah sewa 2 tingkat. Takde lah jauh sangat dari kampus, kalau naik bas dalam 10 minit je. Yang jadi masalahnya kena tunggu bas. Pagi tadi aku tunggu sejam kat bustop. Rupa-rupanya bas rosak. Aku dah keluar awal giler tadi. Haish, nasib badan. -.-
Rumah sewa aku nie okay la, dekat dengan deretan kedai, especially kedai runcit. Aku tak habis pusing lagi, but so far, aku nampak ada 4 kedai runcit termasuk SevenEleven. Housemates aku semuanya kos lain-lain, but still under fakulti yang sama, bisnes. Tapi aku susah nak bergaul dengan dyorang tu. Sebabnya dyorang bising, and aku sangat-sangat tak suka bising. So, terperap jelah kat dalam bilik. Nasib la sekarang nie duk sorang sebab tak cukup orang lagi. (Harap-harap la yang aku dapat duduk sorang terus.)

Sekarang nie aku tengah dalam dilema wanita,hahahaha… XD tengah serius giler pikir samada nak terus pegang jawatan dalam IBS atau tak. Kalau ikut hati aku, memang aku nak. Seriously! Tapi, bila pikir yang aku takde transport sendiri, aish…tu yang memeningkan aku. Tambah pulak, dulu aku dah bagitau mak aku yang aku nak berhenti gara-gara pointer aku drop, seriously teruk. -.-‘ So, what should I do? Kena ikut hati or ikut majority (kawan)?
Ehem, nak cerita sikit pasal Mr.Tea. Masa cuti hari tu, ada la 2,3 kali jumpa dia. But, nampak macam dia dah berubah sikit. Lebih kepada emm, should I say “sosial”? Entah la, macam dah start ada kawan datang rumah, like that la.. And the most daring thing yang aku buat, (daring la sangat!) duduk dekat dengan dia,hahaha… aku dah giler k? I mean duduk kat ruang tamu, selang 1 kerusi dari dia. Masa tu adik-adik kitorang pun ada sama. Biasa la budak-budak tu, tak habis-habis nak kenenkan aku dengan Mr.Tea. Last nya kitorang tak cakap apape pun. Adik dia tak habis-habis kenakan aku. Dengan muka tersengih-sengih, suruh aku salam dengan Mr.Tea. Cis! Malu weh, dah la Mr.Tea ada kat tepi. Nasib baik dia buat-buat tak nampak. Adoi!


Ok la, esok ada kelas awal. Pukul 7.30 pagi dah kena keluar rumah. Out yo! Bye-bye…Muahh!!

Wassalam.

Saturday, 6 July 2013

DuNiA SeoRaNg SiSWi

Assalamualaikum w.b.t,
            2 days to go before I go back to Kelantan. Yahoooo!!! Time flies so fast. 4 months seems so short for me… It’s just like a dream. And now, I’m at the end of 2nd semester. Next sem, I’m going to be a senior! Haahhaa…
            Udah-udah la speaking, kekok pulak rasanya. Meh nak cerita balik apa yang aku lalui sem nie. Seriously, sem nie buat aku rasa nikmat sebenar sebagai pelajar universiti. Sem nie ajar aku apa itu dunia seorang siswi.

1.      Duduk rumah sewa, konflik dengan classmates.

 Aku menyewa kat apartmen tak jauh dari kampus dengan 5 orang lagi classmates aku. But, aku duduk situ sebulan jer, sebab tak selesa. Lepas dapat kolej, aku and roommate aku tu pindah masuk kolej, but at the same time, kitorang dapat tau yang kitorang dah ditipu. So, timbullah konflik dengan housemates @ classmates aku tu. Tapi aku tak ambik kisah pun. Asalkan aku dapat keluar dari rumah tu, dah okay. Tapi ikhlas aku cakap, aku dah tak percaya kat diorang tu.




2.      KPO (Wakil IBS)
            First week kuliah, aku kena pergi Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) kat Kem Nur Bukit Unggul, Sepang selama 3 hari 2 malam.  KPO nie dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Bisnes untuk semua Majlis Tertinggi setiap persatuan (means setiap kos) dan SMF (persatuan under MPP). Persatuan kos aku, IBS hantar 4 orang wakil jer (Presiden buat hal!). Kat sana, aku dapat jumpa and kenal wakil dari Shah Alam. *harap maklum, fakulti bisnes ada 15 kos. 8 kos kat Palam, 7 kos kat S.Alam.
Seriously sangat best. Benda yang paling mencabar bagi aku ialah night trekking. Aku tak pernah buat benda lasak macam tu, so bila pergi sana, aku takut. Lebih-lebih lagi bila aku tak sekumpulan dengan member aku. Takde sorang pun yang aku kenal. Tapi, bila start buat aktiviti berkumpulan, aku rasa macam dah lama jumpa. Diorang tak hipokrit pun. Aku tak boleh lupa kenangan berehat bawah “Eiffel Tower” masa night trekking. Malam kebudayaan pulak, grup aku gabung dengan satu lagi grup. Kitorang diberi tema Kpop Melayu Asli. Giler! Aku tak pernah bayang pun yang aku kena buat persembahan depan orang  ramai, lebih-lebih lagi yang baru first time jumpa. But everything went well disebabkan kerjasama berkumpulan yang baik. Sebenarnya kitorang ada masa 10 minit jer untuk practice. 


3.      Gateway To Excellence (AJK Pendaftaran)
Then, the next week, kitorang yang pergi KPO secara langsung terlibat dengan Gateway To Excellence, satu program untuk student-student baru FBM. Nasib baik buat kat Palam. Takde la kekok sangat. Tapi, cabarannya, kitorang buat rehersal malam sebelum kejadian tu, start pukul 12.30 malam sampai 3.00 pagi sebab sebelum tu, dewan digunakan untuk program ceramah. Next day, semua AJK kena ada kat dewan seawal 7.30 pagi. Masa tu aku jadi AJK Pendaftaran. So, boleh la kenal “junior”,haha.. diorang nie semua masuk terus ke part 3 sebab lepasan diploma UiTM. Hari tu jugak aku boleh jumpa balik dengan kawan-kawan dari Shah Alam.

4.      IBS Futsal Tournament
Event pertama oleh IBS. Walaupun event nie kecik jer, tapi besar maknanya untuk ahli IBS sebab kitorang semua masih baru dalam persatuan, tapi kitorang boleh handle event macam nie. Yang penting bagi aku as bendahari, duit masyukkk! Haha… tapi ada spoil sikit, sebab tepat pukul 11 malam, UiTM akan matikan lampu. So, game yang tengah final tu terbantut meyebabkan ramai player mengamuk. But, players yang layak masuk final semua tolerate and everything went well, except the fact that sebiji bola futsal hilang masa ada yang mengamuk tu.

5.      Trip to UUM (IBS and IBMS)
Then, kitorang pergi UUM. Pasal trip nie aku dah update dalam entry yang sebelum nie.

6.      Majlis Anugerah Dekan FBM (Exco Logistik)
Last event yang aku handle ialah Majlis Anugerah Dekan FBM. Event nie tertangguh selama dua bulan atas sebab-sebab tertentu. Aku and sorang lagi classmate aku mewakili IBS and kitorang jadi Exco Logistik. Walaupun kitorang kena tempah bas jer, tapi sangat-sangat la mencabar. Kitorang kena deal dengan pegawai bahagian fasiliti & pengangkutan, siap kena marah lagi. Dalam masa dua bulan, muka nie la yang selalu ulang-alik pergi pejabat, sampai rasa malu and segan nak jumpa pegawai tu.
Masa rehersal, disebabkan aku dah takde kerja, aku kena berlakon jadi dekan. Aku tak tau la Dekan tu letih tahap apa entah masa MAD. Sebabnya, dia kena bagi hadiah kat lebih 800 orang students Fakulti Bisnes, ulang-alik naik pentas. Aku yang berlakon nie jer dah rasa penat and lenguh sesangat. Aku sempat jadi dekan 2 kali. Untuk kali ketiga, aku cabut dari situ and pergi tandas. Hehe… dengar citer diorang kat dewan semua sibuk cari “dekan”. Keh3…dekan curi tulang kat tandas. Nasib la…
     MAD berlangsung dari pukul 2 petang sampai 5.30 petang kat DATC Shah Alam. Walaupun letih sesangat, tapi rasa letih tu hilang dengan sendiri bila tengok kawan-kawan AJK semua senyum. Sebabnya, rasa puas hati dapat tamatkan majlis tu dengan jayanya. Masa MAD, bila Dekan sebut nama semua AJK, tetiba aku rasa sebak, terharu… Segala penat lelah kitorang tidak sia-sia. That’s the best moment untuk sem nie. Aku takkan lupa kenangan jadi “dekan” dengan seniors yang super spoting. Masa dalam bas balik ke Palam, semua orang tertidur.
Even though sem nie agak busy, (the most busy semester) aku rasa yang masa aku terisi. Takde la lepas kuliah, terus balik bilik, main game and tidur je. Kadang-kadang pukul 8 malam baru sampai bilik sebab ada meeting. Tapi akademik aku agak terjejas sikit. Banyak kali jugak la aku ponteng kelas sem nie. Bukan sebab clash pun, tapi sebab letih and malas. Tak tau la macam mana pointer aku sem nie. Kalau maintain jer, aku berhajat untuk terus pegang jawatan kat IBS. Nak timba sebanyak mungkin pengalaman sebelum menempuh alam pekerjaan. Doakan yang terbaik untuk aku yer. Bye~







Wassalam… 

Saturday, 15 June 2013

WE've cHaNgeD


Assalamualaikum w.b.t,
            Three weeks to go before semester break. Yahoo!!! Bersorak bagai, exam lagi dua minggu. Apelah… -.-‘ Remember about Mr.Tea? Lately, I think that my feeling has changed. No more Mr. Tea in me. Err, maybe still ada sikit..  Entah, dah tak rasa apa-apa. Last aku jumpa dia, masa cuti mid-sem. But, langsung tak rasa apa-apa. Tak nervous, tak rindu, tak teruja. Bukannya sebab aku dah ada pengganti dia kat hati aku ke apa. I'm still single okay!
            Sometimes, aku tanya hati aku, 
1. Betol ke aku sukakan dia? 
2. Kalau ditakdirkan aku berpeluang kahwin dengan dia, aku rela ke? 
3. Adakah dia lelaki yang terbaik untuk aku ? 

But, guess what? Macam tak percaya je, hati aku dah berubah. Jawapan untuk soalan-soalan nie berubah setelah beberapa tahun.

JAWAPAN 7 TAHUN LEPAS…
            1) Ya, dia lelaki pertama yang aku kenal, selain abah and adik-adik aku. Aku jatuh hati pada dia.
            2) Being his wife, that’s my dream. Without any excuses, I’ll accept him. Seriously, bila terlintas bab kahwin, there’s no other groom except him..
                (maklumlah, budak-budak. Lagipun hanya dia kawan lelaki yang aku ada.)
            3) Ya. Walaupun kitorang selalu jer gaduh, and dia selalu usik aku, but still di mata aku, he’s my hero.  




JAWAPAN SEKARANG…
1)     Tak, aku hanya main-main. Aku just gunakan dia untuk lupakan seseorang, seseorang yang telah meninggalkan memori pahit untuk aku. But, thanks to him, aku berjaya lupakan orang tu, walaupun tak 100%.  
2)     Yes, I admit it. Dia memang lelaki yang baik and cukup semua ciri suami soleh, InsyaAllah. And aku harus mengaku, dari segi urus kerja rumah, he’s better than me, maybe. (that’s why he is MR.TEA) Kalau memang dia jodohku, aku terima. Tapi kalau diberi pilihan, aku pilih untuk tidak bersama dia. Sebab buat masa sekarang nie aku rasa yang takde chemistry antara kami.
3)     Dia lelaki yang terbaik yang pernah aku jumpa. And dia hormat parents and adik-adik aku. Bagi aku, dia lebih dari baik. And sebab tu jugak, aku rasa yang aku tak layak untuk dia. (disebabkan rasa bersalah sebab aku seolah-olah mempergunakan dia demi kepentingan aku sendiri).






So, is this the end of our story? The end of my dreams? I don’t know. B’coz our story is a reality, not a fantasy. Will my feeling changes over time? And my answers change again??? (-.-)




Wassalam…