Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you
Allah. Hehehe…happy semacam jer yer dok? Yelah, aku sangat happy sebenarnya
sebab semua urusan aku berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Weekend nie, aku
kena hantar dokumen PTPTN dan join satu program fakulti Pengurusan Perniagaan,
FPP @ FBM. Nama program tu, Gateway to Excellent yang diwajibkan untuk semua
freshie bisnes. *tapi ada jer yang tak pergi.
So, pagi semalam aku ikut program tu, dari pukul 8 pagi
sampai pukul 5 petang. Kaunter PTPTN pulak dibuka sampai pukul 5 petang jer. Tapi,
aku dimaklumkan bahawa freshie bisnes diberi keistimewaan coz still boleh
hantar even dah pukul 5 lebih. *Nampak tak pencemaran bahasa yang aku dah guna?
So, aku pergi hantar, but dokumen aku ditolak sebab tak lengkap, takde
tandatangan dan cop saksi. Tapi masalahnya, masa tu dah takde saksi. So, aku
kena lar hantar hari nie.
Pagi nie, kitorang kena join aktiviti explorace. Kitorang
dibahagikan kepada 10 kumpulan secara random. Maknanya bukan ikut kos lar. So,
aku dapat kumpulan 7. Nie first time aku join explorace. At first macam takut
jugak lar, sebab aku tak kenal sangat member lain. 1 grup ada 30++ orang ahli. Ada
2 orang jer classmates yang 1 group dengan aku. Sorang lelaki, sorang pompuan. Nie
dia, Amila. Opss…kak Amila,hehe…
Group aku okay lar. Actually lawak siot dengan leader
yang banyak cakap macam mak cik-mak cik (leader aku lelaki) dan the motivator,keh3…
Okay, sumpah lawak… kitorang kena lepasi 10 check points. Kat first check point,
kitorang kena nyanyi kat Kompleks Raflesia. Kat situ adalah tempat makan @ café.
So, memang ramai orang kat sini. Kitorang kena nyanyi lagu kuat-kuat, sampai
semua orang dengar. And kitorang pilih lagu Keranamu Malaysia…patriotik kot…disebabkan
tu jugak lar, kitorang disoal pasal bajet 2013 oleh abang-abang fasi. Nasib baik
boleh jawab.
2nd checkpoint, 10 of us kena tiup tepung,
emm I mean cari gula-gula dalam tepung. Nasib baik aku tak di ‘point’ oleh
leader sengal tu. Then banyak lagi lar game. Yang paling takleh blah ialah main
cari jodoh. Kitorang kena leraikan ikatan tali-tali yang disatukan tu untuk
cari partner masing-masing. Game nie memang sangat-sangat menguji kerjasama group
members. So, kerjasama kitorang ialah main tipu,ngeh3…semua cover and pura-pura
main betol-betol,hahaha… tapi game nie memang seriously susah. Kitorang dapat
habiskan game nie dalam masa 16 minit, 28 saat. Nasib baik main tipu, kalau
tak, memang kitorang habiskan masa kat situ jer lar.
And surprisingly, group aku dapat gelaran juara and
kitorang jugak merupakan satu-satunya group yang dapat lepasi semua check points.
Okay, that’s really makes me happy and joyful. Aku enjoy sangat-sangat hari nie.
Berbaloi la kitorang kena naik turun tangga batu cave tu. Rasa macam nak pitam!
Tapi still best sebab banyak sangat gelak. Sakit perut kott, lari sambil gelak.
Today, I can feel that, I’ve been myself. I feel free to laugh and talk to
others sebab semua group member sempoi and tambah pulak leader yang sengal. So exciting…aku
akan ingat memori nie, salah satu benda best kat UiTM Puncak Alam. Eh, lupa,
kitorang punya cheers, “Action 7 is coming, ha ha ha” (sambil buat gaya Action
Kamen. Kenal tak Action Kamen? Ala, yang dalam citer Shin Chan tu.) So,
kitorang memang Shin Chan la hari nie. Best…
Kejap tadi aku dah hantar dokumen PTPTN tu and Alhamdulillah,
takde masalah. Kejap jer pun…so, that’s all la rasanya. Nak rehat kejap. Then lepas
Asar ada perjumpaan Quranic Group dengan akak-akak Persatuan Rakan Masjid :D
Wassalam…




