Saturday, 10 March 2012

Be MaTuReD, PLeaSe!



Assalamualaikum w.b.t,
      Good afternoon everyone. Alhamdulillah, kenyang betol rasanya lepas makan sepinggan nasi + ayam bakar + kerabu mangga + daging hangus + air sirap limau. Rasa macam mimpi jer. Mana tak nye, selalunya masa nie aku baru bangun tidur (masa kat kampus every weekend…kat kampus jer k, kalau kat rumah confirm kena tibai dek mak aku! ), but hari nie dah kenyang makan. Aku baru balik dari Tanjung Api, makan-makan dengan parents aku. Parents aku datang,woi!
      Dah lar, aku bukan nak cerita pasal tu. But, nak komplen pasal sifat kebudak-budakkan and kesensitiviti yang melampau! Benda nie bukan pada aku, tapi pada orang lain. Kalau jadi kat aku, emm, aku kan jenis takde perasaan,hahaha…so, aku tak tunjuk pada orang lain. Kan aku dah cakap, orang yang suka tunjuk perasaan kat orang lain nie nampak agak GEDIK! And aku tak suka orang GEDIK.
      Okay lar, bendanya cegini… (bahasa apa aku guna nie???) aku memang pantang kalau orang over react. Pasal benda remeh-temeh pun nak gaduh-gaduh. Benda tu kecil jer pun, tak payah la nak over react. Takkan nak gurau sikit pun tak boleh? Kalau tak boleh, duduk dalam hutan lar wei! Orang utan pun reti nak bergurau. Sikit-sikit nak terasa, lepas tu mula lar buat skill merajuk…uwekkk, annoying giler! Sikit-sikit nak sentap! Pergh, sakit otak jugak dengan orang macam nie…geli pun ada jugak.
      Try la jadi professional and matured sikit. Dah boleh jadi mak/bapak budak, tapi perangai still macam budak-budak. Cer sabor sikit. Kadang-kadang, bila kita sabar and pendam perasaan nie, kita boleh muhasabah diri kita. Dalam masa duk main perasaan tu, kita akan pikir kenapa sesuatu benda tu jadi kat kita. Takde benda yang jadi tanpa sebab and setiap yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya. Dah lar,penat aku duk membebel sorang-sorang kat sini.

 Mood final exam. Esok aku dah start exam. Pray for me, please. Tadi mak aku tanya, "dah sediakan pistol ke untuk esok??". Sampai hati =')

Wassalam…

Thursday, 8 March 2012

PaBiLa UsTaZ BeRsUaRa


Assalamualaikum w.b.t,
      Hye olls and good evening ^_^ (*nada gedik disitu),kui3… Emm,haa…aku nak cerita pasal aku and kawan-kawan bila dalam kelas CTU (Islamic Education), kalau masa sekolah dulu kitorang panggil PAI. Bagi aku, kelas nie aku panggil sebagai Kelas Pendidikan Seni Islam, bukan setakat belajar agama, tapi at the same time belajar melukis,kih3…
      Yeah, kelas agama nie memang membosankan. But, since aku form 1 sampai sekarang, kelas agama memang selalunya tenang and aku akan rasa bersemangat giler nak pergi kelas nie. Rasa releks jer. Mana tak nye, ustaz and ustazah yang mengajar memang tak pernah bagi homework or esaimen. Kalau ada pun, memang confirm aku tak buat sebab dah tau yang ustaz and ustazah takkan marah,hahaha…(dah takde ciri-ciri budak nerd kan?? *bangga)
      Aku selalunya akan focus dalam masa 20 minit yang pertama jer dalam kelas (boleh dikira lama jugak lar tu). Lepas tu aku akan start conteng buku nota. Tapi sambil-sambil dengar apa yang ustaz cakap lar…at least aku tak tidur,hehe…nak tengok hasilnya? Nie hasil seni semasa kelas agama sepanjang sem 2 kat sini,tadaaa…

Hasil karya pertama ^_^



Aku tau aku tak pandai melukis =,=’



Tak sempat siap =’)



Sungmin SUJU <3



Taecyeon 2PM <3



Nice!



Saja-saja jer nie.

      Okay, yang nie pulak gambar game yang aku main dengan Qilah. Main tembak menembak kott…


Best jugak main benda nie ^_^








Aku menang!


Siap ada tarikh lagi…bahan sejarah!


      Yang nie pulak gambar terbaru, dalam kelas CTU hari Rabu lepas. Memang giler lar, padahal ustaz ada kat belakang tu. Masa nie kitorang kena present esaimen. Aku tengah main game dalam handphone tu,kah3… 


      Okay, I think that’s all. Last task yang belum siap: hafal and baca surah al-luqman. Aku baru ingat 9/15 ayat,uwaaa…sempat k? Esok dah nak kena baca depan ustaz.
Wassalam…