Assalamualaikum w.b.t,
Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal trip budak-budak IB UiTM PALAM ke UUM? Jumaat lepas aku and budak-budak International Business PALAM, (part 2,3,4) bertolak ke UUM dalam pukul 3.30 petang. Majority AJK IBS yang ikut. Total semua 32 orang. At first, suasana dalam bas macam suram jer, sebab masing-masing masih tak rapat. Macam aku, aku just stick dengan classmates aku jer, 3 orang.
Dalam bas, on the way to UUM Sintok, Kedah.
Sampai sana dalam pukul 10.30 malam. Nasib baik la driver bas tu sporting. Dia pasang citer and radio dalam bas tu. So, takde la boring sangat. Bila sampai jer kat depan pintu masuk UUM, semua tepuk tangan. Lepas daftar, kitorag check-in. 1 bilik 2 orang. First impression, kolej kitorang lagi bagus. Hehehe…memang la, mana boleh beat kolej kitorang. Kolej tercanggih di UiTM.
Next day, kitorang melawat sekitar UUM and masuk library diorang. Wow, best kot. Library tu besar gedabak and canggih. Memang untung budak-budak UUM. Kawasan diorang pun luas giler and cantik. Tak puas rasanya bergambar kat situ. **teruja! (0.0)
Di depan Perpustakaan Sultanah Bahiyah bersama rombongan UiTM and some AJK IBMS dari UUM.
Depan pejabat Caselori, berdekatan Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
Then kitorang dibawa ronda-ronda sekitar UUM sambil berbasikal. Aku tak pernah terfikir untuk naik basikal. Tau tak, dah bertahun-tahun aku tak naik basikal, then pergi sana aku berpeluang berbasikal. Dah la basikal yang double seats tu,hehe…best. Then kitorang dapat tengok rusa. Tak sangka dalam UUM ada binatang tu. Bukan tu jer, kitorang dapat tau yang dalam UUM tu siap ada kem PLKN lagi. Boleh bayangkan tak betapa luasnya UUM? Aku tak boleh bayangkan macam mana la budak-budak kat situ nak pergi kuliah kalau takde bas…
Berhenti tengok rusa.
Melawat Dewan Mu’adzam Shah sambil rehat kejap sebelum meneruskan aktiviti berbasikal.
Petang pulak kitorang dibawa ke Padang Besar, Perlis. Takde la jauh sangat, dalam 45 minit je dari UUM. Boleh tahan murah la barang kat sana. And aku beli bear nie. RM12 je. Hehe…
With my classmates, “akak-akak”.
Next day, kitorang ada forum antara budak-budak UiTM and UUM. Timbalan Dekan diorang pun ada join jugak. Then ada budak-budak dari university apa entah kat Thailand join kitorang. Diorang budak Master Degree tahun ketiga.
Last picture with all of them <3
I’ve had an exciting, joyful and memorable experience with my classmates and IB seniors. And also last trip with Exco-Exco IBS sesi Sept 2012- Julai 2013. ^_^
Wassalam…
#Sabtu nie balik kampung!














