Wednesday, 4 January 2012

LoVe?? NO!!



Assalamualaikum w.b.t,   
      Entry kali nie, aku just nak share satu article yang aku baca kat internet. Jom tengok kejap…

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

            Okay,aku mengaku yang aku pernah experienced 85% daripada perkara kat atas 2. Tapi benda tu dah lame. Tahun lepas…(lama la sangat kan?). Dah-dah…yang penting sekarang nie aku nak rasa semua benda nie dengan orang lain pulak. Dengan Mr.Tea?? hahaha… Lambat lagi lar gamaknya.
Setiap kali aku jumpa dia, aku macam sempoi jer. Takde rasa berdebar pun. Tapi,kalau rindu tu memang la ada. Macam mana tak rindu,kitorang jumpa dalam dua,tiga kali jer setahun. Cuti sem pulak tak sama. Time hari raya dapat jumpa kejap jer,kadang-kadang tak jumpa langsung. And, fakta yang aku tersenyum bila teringat kat dia tu pun betol! Especially pasal “tragedy air tea” tempoh hari.
Aku akan ingat sampai bila-bila peristiwa tu and kata-kata dia,”nak buat air tea pun tak reti?”. Hello brader, aku acah jer tu. At last,kau habiskan jugak segelas air tea yang aku buat kan? Hahaha…aku tau yang sebenarnya kau nak tambah lagi,tapi malu dengan aku and pak sedara aku kan? Hahaha…chill bro~ (perasan!).    
Wishing for my own happiness with Mr.Tea eventhough he is not destined for me… :)
#mood terlebih jiwang sekarang nie. Sebab fikiran serabut kottt... my bro cakap, otak aku KURANG OKSIGEN…hahaha…may be..




       Wassalam..

No comments:

Post a Comment