Tuesday, 28 August 2012

Raye 2012

Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat…teng3. Hati Raya…teng3. Hehe… Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls :) So, macam mana sambutan Hari Raya korang? Dapat banyak duit raya ke?
      Aku punya sambutan Hari Raya macam biasa jer. Takde hias rumah dengan benda-benda baru pun. Bersederhana jer cukup! Biskut raya pun tak beli tau. Tapi Alhamdulillah masih dapat merasa Almond London, Biskut Makmur, Tat Nenas and banyak lagi. Semua tu jiran-jiran and sedara-sedara yang bagi. Alhamdulillah, bersyukur kerana aku dikelilingi orang-orang yang baik hati.
      Malam raya, aktiviti aku dan keluarga sama macam tahun-tahun lepas. So bored~ Takde main bunga api sambil lompat ke sana ke mari ke apa. Adik-adik semua dah besar. Bunga api nie bukan taste diorang la. So, lepas bakar duit a.k.a main mercun, diorang duduk menghadap TV. Pukul 11 malam, semua masuk tidur. Langsung takde yang menarik. Aku? Hehehe…menghadap lappy ler.
      Hari raya pertama dan seterusnya, jugak macam selalu, walaupun kami tak buat open house, tapi rumah kami memang akan sentiasa penuh. Boleh dikatakan tiap-tiap hari open lah. Ehehek…aku tak kisah, sebab duit raya pun masyukkk~ Walaupun aku nie dah boleh dikira dewasa, tapi still ada lagi yang bagi duit raya. Kekadang tu, aku rasa malu jugak bila orang bagi duit raya. Pernah satu masa, kalau aku tak silap, raya dua tahun lepas rasanya, bila time orang nak bagi duit raya, aku mengelak, tapi still dia bagi kat aku. Segan kottt~
      Emm, something yang aku rasa berbeza and best sikit dari tahun-tahun lepas ialah aku dapat berkumpul bersama sepupu-sepupu sebela mak aku. Walaupun kurang beberapa orang, tapi still aku rasa macam bangga jugak lar. Rasa macam nak bagi tau satu dunia “WOI KORANG! AKU PUN BOLEH BERAYA DENGAN SEDARA. BOLEH HAPPY-HAPPY JUGAK RAYA TAHUN NIE!!” okay, dah bagitau.

 Nie sepupu-sepupuku. Tapi tak semua ada.


Nie adik-adik yang ting-tong.

      Kami sekeluarga memang tak sempat nak bergambar pada pagi raya. Masing-masing sibuk… okay, bubye :)

Wassalam...

No comments:

Post a Comment