Saturday, 6 July 2013

DuNiA SeoRaNg SiSWi

Assalamualaikum w.b.t,
            2 days to go before I go back to Kelantan. Yahoooo!!! Time flies so fast. 4 months seems so short for me… It’s just like a dream. And now, I’m at the end of 2nd semester. Next sem, I’m going to be a senior! Haahhaa…
            Udah-udah la speaking, kekok pulak rasanya. Meh nak cerita balik apa yang aku lalui sem nie. Seriously, sem nie buat aku rasa nikmat sebenar sebagai pelajar universiti. Sem nie ajar aku apa itu dunia seorang siswi.

1.      Duduk rumah sewa, konflik dengan classmates.

 Aku menyewa kat apartmen tak jauh dari kampus dengan 5 orang lagi classmates aku. But, aku duduk situ sebulan jer, sebab tak selesa. Lepas dapat kolej, aku and roommate aku tu pindah masuk kolej, but at the same time, kitorang dapat tau yang kitorang dah ditipu. So, timbullah konflik dengan housemates @ classmates aku tu. Tapi aku tak ambik kisah pun. Asalkan aku dapat keluar dari rumah tu, dah okay. Tapi ikhlas aku cakap, aku dah tak percaya kat diorang tu.




2.      KPO (Wakil IBS)
            First week kuliah, aku kena pergi Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) kat Kem Nur Bukit Unggul, Sepang selama 3 hari 2 malam.  KPO nie dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Bisnes untuk semua Majlis Tertinggi setiap persatuan (means setiap kos) dan SMF (persatuan under MPP). Persatuan kos aku, IBS hantar 4 orang wakil jer (Presiden buat hal!). Kat sana, aku dapat jumpa and kenal wakil dari Shah Alam. *harap maklum, fakulti bisnes ada 15 kos. 8 kos kat Palam, 7 kos kat S.Alam.
Seriously sangat best. Benda yang paling mencabar bagi aku ialah night trekking. Aku tak pernah buat benda lasak macam tu, so bila pergi sana, aku takut. Lebih-lebih lagi bila aku tak sekumpulan dengan member aku. Takde sorang pun yang aku kenal. Tapi, bila start buat aktiviti berkumpulan, aku rasa macam dah lama jumpa. Diorang tak hipokrit pun. Aku tak boleh lupa kenangan berehat bawah “Eiffel Tower” masa night trekking. Malam kebudayaan pulak, grup aku gabung dengan satu lagi grup. Kitorang diberi tema Kpop Melayu Asli. Giler! Aku tak pernah bayang pun yang aku kena buat persembahan depan orang  ramai, lebih-lebih lagi yang baru first time jumpa. But everything went well disebabkan kerjasama berkumpulan yang baik. Sebenarnya kitorang ada masa 10 minit jer untuk practice. 


3.      Gateway To Excellence (AJK Pendaftaran)
Then, the next week, kitorang yang pergi KPO secara langsung terlibat dengan Gateway To Excellence, satu program untuk student-student baru FBM. Nasib baik buat kat Palam. Takde la kekok sangat. Tapi, cabarannya, kitorang buat rehersal malam sebelum kejadian tu, start pukul 12.30 malam sampai 3.00 pagi sebab sebelum tu, dewan digunakan untuk program ceramah. Next day, semua AJK kena ada kat dewan seawal 7.30 pagi. Masa tu aku jadi AJK Pendaftaran. So, boleh la kenal “junior”,haha.. diorang nie semua masuk terus ke part 3 sebab lepasan diploma UiTM. Hari tu jugak aku boleh jumpa balik dengan kawan-kawan dari Shah Alam.

4.      IBS Futsal Tournament
Event pertama oleh IBS. Walaupun event nie kecik jer, tapi besar maknanya untuk ahli IBS sebab kitorang semua masih baru dalam persatuan, tapi kitorang boleh handle event macam nie. Yang penting bagi aku as bendahari, duit masyukkk! Haha… tapi ada spoil sikit, sebab tepat pukul 11 malam, UiTM akan matikan lampu. So, game yang tengah final tu terbantut meyebabkan ramai player mengamuk. But, players yang layak masuk final semua tolerate and everything went well, except the fact that sebiji bola futsal hilang masa ada yang mengamuk tu.

5.      Trip to UUM (IBS and IBMS)
Then, kitorang pergi UUM. Pasal trip nie aku dah update dalam entry yang sebelum nie.

6.      Majlis Anugerah Dekan FBM (Exco Logistik)
Last event yang aku handle ialah Majlis Anugerah Dekan FBM. Event nie tertangguh selama dua bulan atas sebab-sebab tertentu. Aku and sorang lagi classmate aku mewakili IBS and kitorang jadi Exco Logistik. Walaupun kitorang kena tempah bas jer, tapi sangat-sangat la mencabar. Kitorang kena deal dengan pegawai bahagian fasiliti & pengangkutan, siap kena marah lagi. Dalam masa dua bulan, muka nie la yang selalu ulang-alik pergi pejabat, sampai rasa malu and segan nak jumpa pegawai tu.
Masa rehersal, disebabkan aku dah takde kerja, aku kena berlakon jadi dekan. Aku tak tau la Dekan tu letih tahap apa entah masa MAD. Sebabnya, dia kena bagi hadiah kat lebih 800 orang students Fakulti Bisnes, ulang-alik naik pentas. Aku yang berlakon nie jer dah rasa penat and lenguh sesangat. Aku sempat jadi dekan 2 kali. Untuk kali ketiga, aku cabut dari situ and pergi tandas. Hehe… dengar citer diorang kat dewan semua sibuk cari “dekan”. Keh3…dekan curi tulang kat tandas. Nasib la…
     MAD berlangsung dari pukul 2 petang sampai 5.30 petang kat DATC Shah Alam. Walaupun letih sesangat, tapi rasa letih tu hilang dengan sendiri bila tengok kawan-kawan AJK semua senyum. Sebabnya, rasa puas hati dapat tamatkan majlis tu dengan jayanya. Masa MAD, bila Dekan sebut nama semua AJK, tetiba aku rasa sebak, terharu… Segala penat lelah kitorang tidak sia-sia. That’s the best moment untuk sem nie. Aku takkan lupa kenangan jadi “dekan” dengan seniors yang super spoting. Masa dalam bas balik ke Palam, semua orang tertidur.
Even though sem nie agak busy, (the most busy semester) aku rasa yang masa aku terisi. Takde la lepas kuliah, terus balik bilik, main game and tidur je. Kadang-kadang pukul 8 malam baru sampai bilik sebab ada meeting. Tapi akademik aku agak terjejas sikit. Banyak kali jugak la aku ponteng kelas sem nie. Bukan sebab clash pun, tapi sebab letih and malas. Tak tau la macam mana pointer aku sem nie. Kalau maintain jer, aku berhajat untuk terus pegang jawatan kat IBS. Nak timba sebanyak mungkin pengalaman sebelum menempuh alam pekerjaan. Doakan yang terbaik untuk aku yer. Bye~







Wassalam… 

No comments:

Post a Comment