Assalamualaikum
w.b.t,
Korang ingat tak yang semalam aku
cakap nak keluar pegi Shah Alam? But, sebenarnya, bukan setakat Shah Alam, tapi
sampai Putrajaya kitorang merantau. And yang lebih dasyat lagi, sampai pukul
3.30 pagi. Huish, mampos aku kalau parents aku tau.
Pengembaraan aku bermula pukul 4.30
petang bila Nana and Zaty datang ambik kat rumah sewa. Kitorang sewa kereta Myvi,
kalau tak silap aku. Lepas tu kitorang pegi Karangkraf, kat Shah Alam, sebab
ada Jualan Gudang Karangkraf. Kat situ kitorang dah buang masa dalam sejam,
sebab tersalah tempat. Punyalah lama pilih novel, rupa-rupanya salah tempat. Tempat
jualan tu kat luar, tapi kitorang pusing-pusing kat dalam bangunan.
Bangunan Media Karangkraf
Dalam pukul 6.30 petang, kitorang
pegi Plaza Alam Sentral, Shah Alam, sebab zaty nak repair lappy and kitorang
pusing-pusing dalam tu. Lepas tu, disebabkan perut yang dah vibrate mintak isi,
aku suggest untuk makan dulu kat KFC situ… Then sambung pusing-pusing lagi
sampai pukul 9 malam.
Bila kat dalam kereta, akak-akak tu
cakap minyak banyak lagi, so kitorang melencong pulak ke i-city. At first
kitorang berhenti kat luar je, tapi rasa malu pulak nak ambik gambar kat tepi
jalan raya tu, dengan kereta, bas and orang lalu lalang. So, aku ajak dyorang
berdua tu masuk, sebab dah alang-alang sampai, baik masuk terus. Bayar parking
pun RM10 je.
Muka penat
berjalan. ^^, taken by Nana.
So, kitorang jalan-jalan, ambik
gambar, record, tengok orang main, tengok orang ambik gambar sampai pukul 10.30
malam. Dalam kereta, kitorang kira anggaran bayaran kereta tu ikut tempoh masa.
Masa tu dah dalam 7 jam, kitorang kena bayar RM63 sebab 1 jam RM9. So, untuk
menjimatkan duit, kitorang decide untuk sewa 12 jam, sebab harganya just RM58.
Lagi untung.
Lepas decide tu, Zaty came out with
a crazy plan, nak pegi jalan-jalan kat Putrajaya. Lepas bergelut dengan minyak
keta yang nak abis and tak jumpa stesen minyak, kitorang pergi Masjid Putrajaya.
Ingatkan boleh masuk, tapi dyorang tutup. So, kitorang pergi rumah pak sedara
Zaty kat area situ, tumpang sembahyang.
Pukul 1.30 pagi, kitorang bertolak
balik. Tapi, masa kat highway mana entah, tetiba hujan lebat and ada angin kuat
tu. Masa tu Nana yang drive. Dia berhenti kejap kat bawah jambatan and tunggu
sampai hujan reda sikit. Lepas tu sambung lagi. Masa tu, kitorang tak
henti-henti berdoa, mintak diselamatkan perjalanan kitorang bertiga.
Ya Allah, masa tu, tak tau nak cakap
apa. Angin kuat sangat sampai kereta tu tertolak ke sebelah tepi jalan. Nasib baik
Nana drive slow sikit. Kalau tak, sikit je kesilapan, kitorang mungkin akan
accident semalam. Dah la mak aku tak tau aku keluar semalam, sebab plan
kitorang sebenarnya nak keluar hari Sabtu, tapi, bila pikir yang Sabtu tu
weekend and jalan jam teruk, so kitorang awalkan.
Haish, nie la pengalaman yang paling
best and at the same time, paling menakutkan. Tadi aku baru je dapat warning
daripada mak aku, dah tak boleh keluar merayau sampai malam. Nasib baik dia tak
marah. Fuhhh! Lega…
Wassalam…
No comments:
Post a Comment