Monday, 14 May 2012

SpeCiaL MaY


Assalamualaikum w.b.t,
      My last entry was posted in April and today is 14th May. Dah lama kan? Malas bebenor rasanya tangan nie nak menaip, ditambah pulak dengan line broadband yang super slow. Takde mood jadinya nak post kat blog nie.
      Since it’s May, everybody will celebrate Mother’s Day and Teacher’s Day. Yesterday, most of the people celebrated Mother’s Day, including my Fb friends. Ramai yang wish Selamat Hari Ibu beserta ucapan yang panjang berjela-jela kat wall diorang. Me? I’m excluded.

      Yes, it seems like they really appreciate what their mothers have done. But, do they really mean that? I wonder, dalam ramai-ramai yang wish tu, berapa kerat jer yang wish verbally kat mak diorang? And yes, I admit it, memang agak segan rasanya nak wish depan-depan dengan mak sendiri. My face will turn to red and it feels like I wanna put my face in my pocket or throw it away at that time.
      I don’t celebrate Mother’s Day yesterday because for me, everyday is Mother’s Day. It’s not fair if we just treat our mothers specially only in a single day every year while they try their best to comfort us EVERYDAY. So we don’t have to wait until May to wish Happy Mother’s Day to our mom and make her happy, right?
Wassalam…


Wednesday, 25 April 2012

ApRiL


Assalamualaikum w.b.t,
      Lama bebenor dah tak update blog nie yer. Aku nie bukannya apa, sibuk sangat kat rumah nie walaupun aku still menganggur. Tiap–tiap hari aku kena jaga kebajikan anak-anak aku yang ada 8 ekor tu. Lepas tu, main kejar-kejar dengan si bapak ayam yang bukan main garang lagi. Ceh! Ayam nie musuh utama aku kat rumah. Benci betol! Tiap kali aku nak keluar rumah mesti kena perhati sekeliling dulu, dah macam perompak dah aku nie. Aku dah pernah kena patuk dek ayam tu, sakit weyh! Aku dah fobia dengan ayam. Emm, apa lagi yer? ^,^… Aah! Bagi makan and yang paling best, “mendera” ikan guphi adik aku,hihihi…



      Tu lar rutin aku tiap-tiap hari. Penat tau tak… Okay lar, back to the real motive aku update blog nie. Bulan April nie memang bulan yang betol-betol buat aku sesak nafas. Banyak tarikh penting dalam bulan nie. Start esok, 26hb, result MUET aku keluar! Nervous weyh! Tambah lagi lusa, 27hb, result final aku pulak yang keluar. Waa, lemah jantung! 28hb,aku ada ujian bertulis MeDSi. Aku tak buat research and latihan lagi… Tiga hari yang penting berturut-turut!!! Lastly, 30 April, list untuk panggilan temuduga IPG pulak yang keluar.
      Benda yang paling penting, benda yang aku takut pasal semua nie, of course la aku takut aku gagal dapat yang terbaik. Takut~~ dah lar, aku tak nak sambung lagi. Rasa macam nak luruh dah jantung aku nie. Bye-bye, Adios~
Wassalam…

Monday, 2 April 2012

I'M No LoNgeR a TESLian


Assalamualaikum w.b.t,
      Rasa macam dah lama jer aku tak update blog nie. Tangan pun dah terketar-ketar nak tekan keyboard. Guys, now I’m home! Aku dah habis asasi. Buat masa sekarang nie aku tengah mengaggur kat rumah. Emm, hari nie dah masuk hari ke-13 aku kat rumah.
      Diam tak diam, aku dah habis asasi. Rasa macam sekejap sangat. Lepas habis paper CTU 20 Mac lepas, aku terus balik Kelantan. Emm, masa tu aku ada lar rasa sedih sikit. Sedih nak tinggalkan bumi Kuantan, tempat lahir aku. Tak lupa jugak kat UiTM Kuantan yang mesra alam tu. Lepas nie, maybe dah takde gelaran budak TESL lagi…yelah, aku ada terfikir jugak untuk tukar course lain for degree…
      Rasa macam sekejap jer sem 2 nie. Tak puas rasanya nak gelak-gelak dengan classmates masa kelas Grammar,Listening and Speaking, Writing and Reading, conteng buku nota time kelas CTU, berebut tempat kat bahagian belakang masa kelas Basic Principle, maki hamun mesin air degung-degang masa kelas Literature and giler-giler masa kelas Drama. Aish, sekarang aku rindu kawan-kawan aku…
      Pada malam last aku kat Kuantan, malam 19 Mac, aku, classmates and Madam Nur Hasyimah (lecturer literature) buat farewell party kat Tanjung Lumpur. Kitorang bertolak pergi sana around pukul 8 malam. Dalam masa tu la kitorang berbual-bual, gelak-gelak, sakat-menyakat, ambik gambar dan segala bagai untuk kali terakhir. Lepas makan, madam Syima bagi ucapan, diikuti ucapan our CR. Lepas tu potong kek…aish, rasa macam nak nangis, sebak semacam jer. Mana tak nye, semua orang jadi friendly kot, rasa macam kitorang dah lama kenal. Masing-masing macam tak nak melepaskan antara satu sama lain. 



      Guys, I’ve never had such good and sporting friends like all of you. Through last second semester, I felt like I had brothers and sisters. I’ll never forget our memories… sob3 :’( May Allah bless all of you and just pray that we will meet again next time.

Wassalam...

Saturday, 10 March 2012

Be MaTuReD, PLeaSe!



Assalamualaikum w.b.t,
      Good afternoon everyone. Alhamdulillah, kenyang betol rasanya lepas makan sepinggan nasi + ayam bakar + kerabu mangga + daging hangus + air sirap limau. Rasa macam mimpi jer. Mana tak nye, selalunya masa nie aku baru bangun tidur (masa kat kampus every weekend…kat kampus jer k, kalau kat rumah confirm kena tibai dek mak aku! ), but hari nie dah kenyang makan. Aku baru balik dari Tanjung Api, makan-makan dengan parents aku. Parents aku datang,woi!
      Dah lar, aku bukan nak cerita pasal tu. But, nak komplen pasal sifat kebudak-budakkan and kesensitiviti yang melampau! Benda nie bukan pada aku, tapi pada orang lain. Kalau jadi kat aku, emm, aku kan jenis takde perasaan,hahaha…so, aku tak tunjuk pada orang lain. Kan aku dah cakap, orang yang suka tunjuk perasaan kat orang lain nie nampak agak GEDIK! And aku tak suka orang GEDIK.
      Okay lar, bendanya cegini… (bahasa apa aku guna nie???) aku memang pantang kalau orang over react. Pasal benda remeh-temeh pun nak gaduh-gaduh. Benda tu kecil jer pun, tak payah la nak over react. Takkan nak gurau sikit pun tak boleh? Kalau tak boleh, duduk dalam hutan lar wei! Orang utan pun reti nak bergurau. Sikit-sikit nak terasa, lepas tu mula lar buat skill merajuk…uwekkk, annoying giler! Sikit-sikit nak sentap! Pergh, sakit otak jugak dengan orang macam nie…geli pun ada jugak.
      Try la jadi professional and matured sikit. Dah boleh jadi mak/bapak budak, tapi perangai still macam budak-budak. Cer sabor sikit. Kadang-kadang, bila kita sabar and pendam perasaan nie, kita boleh muhasabah diri kita. Dalam masa duk main perasaan tu, kita akan pikir kenapa sesuatu benda tu jadi kat kita. Takde benda yang jadi tanpa sebab and setiap yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya. Dah lar,penat aku duk membebel sorang-sorang kat sini.

 Mood final exam. Esok aku dah start exam. Pray for me, please. Tadi mak aku tanya, "dah sediakan pistol ke untuk esok??". Sampai hati =')

Wassalam…

Thursday, 8 March 2012

PaBiLa UsTaZ BeRsUaRa


Assalamualaikum w.b.t,
      Hye olls and good evening ^_^ (*nada gedik disitu),kui3… Emm,haa…aku nak cerita pasal aku and kawan-kawan bila dalam kelas CTU (Islamic Education), kalau masa sekolah dulu kitorang panggil PAI. Bagi aku, kelas nie aku panggil sebagai Kelas Pendidikan Seni Islam, bukan setakat belajar agama, tapi at the same time belajar melukis,kih3…
      Yeah, kelas agama nie memang membosankan. But, since aku form 1 sampai sekarang, kelas agama memang selalunya tenang and aku akan rasa bersemangat giler nak pergi kelas nie. Rasa releks jer. Mana tak nye, ustaz and ustazah yang mengajar memang tak pernah bagi homework or esaimen. Kalau ada pun, memang confirm aku tak buat sebab dah tau yang ustaz and ustazah takkan marah,hahaha…(dah takde ciri-ciri budak nerd kan?? *bangga)
      Aku selalunya akan focus dalam masa 20 minit yang pertama jer dalam kelas (boleh dikira lama jugak lar tu). Lepas tu aku akan start conteng buku nota. Tapi sambil-sambil dengar apa yang ustaz cakap lar…at least aku tak tidur,hehe…nak tengok hasilnya? Nie hasil seni semasa kelas agama sepanjang sem 2 kat sini,tadaaa…

Hasil karya pertama ^_^



Aku tau aku tak pandai melukis =,=’



Tak sempat siap =’)



Sungmin SUJU <3



Taecyeon 2PM <3



Nice!



Saja-saja jer nie.

      Okay, yang nie pulak gambar game yang aku main dengan Qilah. Main tembak menembak kott…


Best jugak main benda nie ^_^








Aku menang!


Siap ada tarikh lagi…bahan sejarah!


      Yang nie pulak gambar terbaru, dalam kelas CTU hari Rabu lepas. Memang giler lar, padahal ustaz ada kat belakang tu. Masa nie kitorang kena present esaimen. Aku tengah main game dalam handphone tu,kah3… 


      Okay, I think that’s all. Last task yang belum siap: hafal and baca surah al-luqman. Aku baru ingat 9/15 ayat,uwaaa…sempat k? Esok dah nak kena baca depan ustaz.
Wassalam…

Wednesday, 29 February 2012

BiLa Aku StReSs...


Assalamualaikum w.b.t,
      Malam nie, saat aku tengah taip entry nie, aku baru jer habis test Reading. Alhamdulillah, minggu nie tak lar penat sangat, but still ada lagi kerja yang harus dibereskan sebelum final exam. Next week adalah study week, but I think that I still gonna have classes during that time coz there’re some tests that I have to sit. Sekarang nie, emosi aku agak stabil sebab most of the tests and assignments dah siap. But, apa yang aku nak kongsikan kat entry nie adalah perangai aku bila aku stress, serabut, busy, tension dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
      Bila aku stress, benda yang aku suka buat ialah menyendiri.

 



      Aku akan set phone dalam silent mode, offline kat fb and duduk diam-diam dalam bilik. Senang kata, aku tak suka bergaul dengan orang bila aku serabut. Even though kemungkinan orang akan call or hantar mesej kat aku kecil, but aku still akan silentkan phone aku. Sebabnya, aku tak nak diganggu bila terdengar bunyi phone tu. Hahaha… ^_^
      Lagi apa erk? Emm, makan memang perkara biasa jer aku rasa. Ramai yang akan makan bila tengah stress. Dua tiga hari kebelakangan nie, aku makan nasi 2 kali sehari,huhuhu…selalunya aku makan sekali jer. Then, tidur? A’ah…aku akan tidur bile aku stress. Contohnya, dua hari lepas, aku stress bila aku dapat tau last minute yang keesokan harinya aku kena ambik 3 test. Memang agak stress sebab kena buat banyak revision. But, apa yang jadi? Aku tidur pukul 11 lebih, awal giler. Hajat di hati nak tidur kejap jer,then aku nak bangun study pukul 12.30, but aku tidur terus,hahaha…  Memang aku tak buat revision langsung malam tu. Tapi, mujur esoknya, test batal!! Kah3… :D




So, kawan-kawan, be aware with me,hehe…jangan terasa hati bila aku tak layan korang chat kat fb or tak reply mesej. Itu maknanya aku tengah busy and stress. Aku tak suka buat benda yang extreme kalau aku tengah serabut. I mean, aku tak reti nak express aku punya feeling. Kalau orang lain, diorang suka nangis, melaung, memekik, selerakkan bilik and so on bila stress, but not me. Aku nie jenis yang tak suka and tak reti nak express feeling aku. And that’s why some of my friends selalu cakap yang aku nie jenis yang takde perasaan. Aku bukannya apa, bagi aku, orang yang suka tunjukkan perasaan dia tu kelihatan agak GEDIK! Jangan marahkan aku coz nie pendapat masing-masing. Aku tak marah kalau korang nak anggap aku psycho or what so ever coz this is me. Hanya aku yang faham diri aku sendiri and there’s no one else. =..=’
Wassalam…

Tuesday, 7 February 2012

EsAiMeN UdaH SiAp !


Assalamualaikum w.b.t,
      Alhamdulillah, one of the hectic days in this week has past. Firstly, aku dah berjaya siapkan esaimen Basic Principles. Yahoo!! Even though esaimen aku nipis jer, aku tak kisah. Asalkan memenuhi semua criteria yang Sir nak, dah cukup. Aku buat hari Isnin, start pukul 2 petang sampai pukul 6.30 petang. Kalau nak dikira letih memang lar agak letih, but aku nie jenis yang dah biasa buat kerja last minit. So, tak terasa sangat lar.
      Pagi nie aku punya kelas start pukul 8 pagi…kelas Grammar. Dengan mengantuk and kesejukan, aku pergi jugak ke kelas pukul 8.05 pagi. Aku kalut giler, ingatkan kelas dah start (maklum lar, pukul 7.45 pagi baru aku bangun. Lepas Subuh aku tidur balik,hehehe),rupa-rupanya ada 2,3 orang jer dalam kelas. Madam pun tak sampai lagi. Pi mai, pi mai, kelas start pukul 8.30 pagi.
      Lepas tu, pukul 10.30 pagi, kitorang sambung dengan kelas Drama. Hari nie kitorang kena perform Readers’ Theatre. Benda nie macam drama jugak, cuma bezanya boleh tengok skrip and lebih simple sebab tak payah guna costume. By the way, Madam bagi task nie hari Khamis lepas and we don’t have enough time to prepare and practice.
      So, hari nie Madam bagi masa satu jam untuk kitorang practice before perform. Alhamdulillah, lepas perform, Madam cakap yang performance kitorang (group aku) okay. Cuma for the graded one nanti week 14, kitorang kena cari skrip yang berbentuk cerita. Hopefully we can do our best for the next performance.
Tu jelah yang aku nak kongsi. BTW, esaimen Sir Nawy (BP) tu, aku baru jer hantar direct to him. But, dia cek on the spot lar, cepat-cepat aku blah dari bilik dia, takut dia komen :) 

Wassalam…