Sunday, 27 May 2012

A DaY To ReMeMBeR


Assalamualaikum w.b.t,
       

2 hari lagi before aku punya interview. Nervous kott…apasal nie hah? Selalunya tak macam nie. Maybe sebab aku tak well-prepared lagi. Lagi satu, kebanyakan kawan-kawan aku yang dah lepas interview nie cakap, diorang kena soal pasal Bersih 3.0. Haishh…aku nie dah la KO kalau masuk bab politik and sejarah. OK tak kalau aku cakap macam nie- “I’m sorry Sir/Madam, but I’m not interested and expert in politics and history. So, that’s why I always get C for History in every exam (that’s the FACT)”. Ahh, lantak lar. Jangan sampai kena nyanyi sudah!
      Meh nak rewind balik kenangan aku pergi interview untuk Asasi TESL kat UiTM Machang, tahun lepas. Aku punya interview sepatutnya start pukul 8 pagi. So, aku, parents and sepupu aku (bekas mahasiswi UiTM Machang) bertolak around pukul 7 pagi. Masa tu ada lar nervous sikit sebab takde kawan sekapal. Bila sampai jer, kereta abah aku pulak buat hal. Aku kena jalan kaki pergi fakulti pendidikan. Nasib baik ada sepupu aku yang expert pasal jalan shortcut kat situ. Lepas tu, aku jumpa sorang ex-schoolmate kat sana. Kitorang kena kat bilik yang sama.
      Pagi tu kitorang kena jawab test bertulis dulu. Disebabkan ramai orang, so aku tak dapat tempat duduk kat dalam dewan yang sepatutnya. Jadi,aku terpaksa jawab test tu agak terlambat sikit daripada yang lain. Selesai test, aku kena tunggu giliran untuk interview pulak. Masa tu aku dapat nombor 40, calon yang last untuk sesi pagi. Disebabkan lama sangat menunggu sambil berdiri, aku dah hilang rasa nervous.
      Bila aku check balik dokumen yang kena bawak, tetiba…alamak! Aku terlupa bawak surat beranak aku! Mula-mula tu rasa gabra jugak lar, tapi lepas tu…ahh! Lantak lar. Average masa yang diambil oleh seorang calon ialah 20 minit. Turn aku sampai pada pukul 4 petang. Bila masuk jer bilik penemuduga, diorang tanya,“Are you nervous?”. Then dengan sempoi nye aku jawab,“No”. Memang dah tak nervous pun. Aku set dalam fikiran aku yang aku pergi sana just untuk berbual-bual dengan pensyarah sana jer. keh3… senang citer!
      Masa tu ada 2 orang interviewers. Sorang lelaki and sorang lagi pompuan. Mula-mula interviewer yang lelaki suruh aku cerita pasal diri sendiri. Lepas aku bagitau yang hobi aku membaca, terus interviewer pompuan tanya aku baca buku BI or BM. Dengan ragu-ragunya aku jawab both. Then dia tembak aku dengan soalan “what title of the latest English book that you’ve read?”. OMG! Aku blurr kejap. And aku pun jawab “sorry, but I don’t remeber”. Then dia tanya lagi, “when was the last time you read English Book?”. Aku jawab,“last December” (masa tu bulan April). Dia balas balik, “how come you can’t remember the title? It was just a few months from now.” Bila dah tertangkap and terperangkap macam tu, takde apa yang lebih baik selain SENYUM. But bila aku ingat-ingat balik, memang aku ada baca buku BI, tp komik,hehehe...
      Lastly, interviewer lelaki tanya aku punya pilihan lain dalam UPU. Lepas tu, dia cakap, “Is it okay if you don’t get this course? Because depends on your other choices and SPM results, I think that you can get better courses than this”. Aku terus jer jawab 'yes' masa tu sebab aku tak minat sangat TESL nie. Harapan aku lebih kepada Farmasi. Tapi nak buat macm mana, dah rezeki aku kat situ. Bila keluar jer, aku tengok jam. 10 minit jer?? hahahaha…untung jugak dapat last.
      So, itulah kenangan yang tak berapa nak manis sangat berkait dengan TESL. Itu lah titik tolak yang membawa aku kepada TESL. Aku tak tau kenapa aku pilih TESL. Dulu, masa pilih kos untuk UPU lepas SPM, aku langsung tak fikirkan TESL. Masa kali terakhir aku kemaskini, tetiba aku pilih Asasi TESL UiTM. Dah lar aku letak as 1st choice lagi. Mungkin ini jalan hidupku. Semuanya bermula dengan Asasi TESL.
Wassalam…

Tuesday, 22 May 2012

A GoLDeN cHaNcE


Assalamualaikum w.b.t,
      EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. Now, I totally believe in those words. Actually, April 2012 has taught a really important lesson to me. God never give us everything that we want, but He will give something that’s better than that.
      As I said in my previous entry, bulan April lepas memang betol-betol penting untuk aku. Bermula dengan keputusan MUET, diikuti dengan result final, then MEdSI (tiga hari berturut-turut). Dua hari selepas tu, senarai calon yang berjaya menghadiri temuduga IPG/ Maktab pulak keluar. Dalam masa lima hari tu, aku memang sedih sangat-sangat sebab semua yang aku nak tak dapat. MUET= Band 3 (markah lagi rendah dari yang first), Result pun lagi rendah dari sem 1 and seterusnya aku kena test MEdSI yang menentukan sama ada aku dapat kos TESL kat UKM or not(seriously, aku tak letak harapan untuk lulus disebabkan aku punya pointer and MUET). Hari Isnin, bila list IPG keluar, rasa kecewa aku bertambah-tambah sebab harapan aku untuk jadi cikgu/pendidik dah takde.

      Siapa yang tak rasa kecewa bila tak dapat apa yang diinginkan. Bukan hanya 1, tapi ketiga-tiga. Masa tu aku rasa yang aku nie betol-betol USELESS and HOPELESS. Mana tak nya, hati aku yang tengah retak nie terus pecah berderai bila parents aku pun turut rasa kecewa dengan aku. When something bad happens, everybody will blame others, but nobody will blame themselves. Masa tu aku try redha and set in my mind yang memang bukan rezeki aku. Aku dah cuba buat yang terbaik and actually, I’ve tried harder than first sem. But, hati aku tetap degil. It took about a week for me to calm down.

      But last Saturday, it was a really great day. It was such a present to console me after having a great sadness. Alhamdulillah, I’ve gotten a chance to attend an interview for pursuing my study for degree in TESL. I’ve past the MEdSI test! Yahoooo!!! Kali nie aku memang bersyukur sangat-sangat sebab memang tak ramai budak TESL yang pass MEdSI. Setahu aku, TESLians yang kat Kuantan, ramai tak dapat, even though diorang dapat Band 4 and Pointer tahap Dekan. Kalau dah rezeki, memang takkan ke mana. I’m not proud of myself, but I think this is a great chance for me. I’ll do my best in the interview, InsyaAllah…
Wassalam…
#Mr.Tea...excited to meet you~

Monday, 14 May 2012

SpeCiaL MaY


Assalamualaikum w.b.t,
      My last entry was posted in April and today is 14th May. Dah lama kan? Malas bebenor rasanya tangan nie nak menaip, ditambah pulak dengan line broadband yang super slow. Takde mood jadinya nak post kat blog nie.
      Since it’s May, everybody will celebrate Mother’s Day and Teacher’s Day. Yesterday, most of the people celebrated Mother’s Day, including my Fb friends. Ramai yang wish Selamat Hari Ibu beserta ucapan yang panjang berjela-jela kat wall diorang. Me? I’m excluded.

      Yes, it seems like they really appreciate what their mothers have done. But, do they really mean that? I wonder, dalam ramai-ramai yang wish tu, berapa kerat jer yang wish verbally kat mak diorang? And yes, I admit it, memang agak segan rasanya nak wish depan-depan dengan mak sendiri. My face will turn to red and it feels like I wanna put my face in my pocket or throw it away at that time.
      I don’t celebrate Mother’s Day yesterday because for me, everyday is Mother’s Day. It’s not fair if we just treat our mothers specially only in a single day every year while they try their best to comfort us EVERYDAY. So we don’t have to wait until May to wish Happy Mother’s Day to our mom and make her happy, right?
Wassalam…


Wednesday, 25 April 2012

ApRiL


Assalamualaikum w.b.t,
      Lama bebenor dah tak update blog nie yer. Aku nie bukannya apa, sibuk sangat kat rumah nie walaupun aku still menganggur. Tiap–tiap hari aku kena jaga kebajikan anak-anak aku yang ada 8 ekor tu. Lepas tu, main kejar-kejar dengan si bapak ayam yang bukan main garang lagi. Ceh! Ayam nie musuh utama aku kat rumah. Benci betol! Tiap kali aku nak keluar rumah mesti kena perhati sekeliling dulu, dah macam perompak dah aku nie. Aku dah pernah kena patuk dek ayam tu, sakit weyh! Aku dah fobia dengan ayam. Emm, apa lagi yer? ^,^… Aah! Bagi makan and yang paling best, “mendera” ikan guphi adik aku,hihihi…



      Tu lar rutin aku tiap-tiap hari. Penat tau tak… Okay lar, back to the real motive aku update blog nie. Bulan April nie memang bulan yang betol-betol buat aku sesak nafas. Banyak tarikh penting dalam bulan nie. Start esok, 26hb, result MUET aku keluar! Nervous weyh! Tambah lagi lusa, 27hb, result final aku pulak yang keluar. Waa, lemah jantung! 28hb,aku ada ujian bertulis MeDSi. Aku tak buat research and latihan lagi… Tiga hari yang penting berturut-turut!!! Lastly, 30 April, list untuk panggilan temuduga IPG pulak yang keluar.
      Benda yang paling penting, benda yang aku takut pasal semua nie, of course la aku takut aku gagal dapat yang terbaik. Takut~~ dah lar, aku tak nak sambung lagi. Rasa macam nak luruh dah jantung aku nie. Bye-bye, Adios~
Wassalam…

Monday, 2 April 2012

I'M No LoNgeR a TESLian


Assalamualaikum w.b.t,
      Rasa macam dah lama jer aku tak update blog nie. Tangan pun dah terketar-ketar nak tekan keyboard. Guys, now I’m home! Aku dah habis asasi. Buat masa sekarang nie aku tengah mengaggur kat rumah. Emm, hari nie dah masuk hari ke-13 aku kat rumah.
      Diam tak diam, aku dah habis asasi. Rasa macam sekejap sangat. Lepas habis paper CTU 20 Mac lepas, aku terus balik Kelantan. Emm, masa tu aku ada lar rasa sedih sikit. Sedih nak tinggalkan bumi Kuantan, tempat lahir aku. Tak lupa jugak kat UiTM Kuantan yang mesra alam tu. Lepas nie, maybe dah takde gelaran budak TESL lagi…yelah, aku ada terfikir jugak untuk tukar course lain for degree…
      Rasa macam sekejap jer sem 2 nie. Tak puas rasanya nak gelak-gelak dengan classmates masa kelas Grammar,Listening and Speaking, Writing and Reading, conteng buku nota time kelas CTU, berebut tempat kat bahagian belakang masa kelas Basic Principle, maki hamun mesin air degung-degang masa kelas Literature and giler-giler masa kelas Drama. Aish, sekarang aku rindu kawan-kawan aku…
      Pada malam last aku kat Kuantan, malam 19 Mac, aku, classmates and Madam Nur Hasyimah (lecturer literature) buat farewell party kat Tanjung Lumpur. Kitorang bertolak pergi sana around pukul 8 malam. Dalam masa tu la kitorang berbual-bual, gelak-gelak, sakat-menyakat, ambik gambar dan segala bagai untuk kali terakhir. Lepas makan, madam Syima bagi ucapan, diikuti ucapan our CR. Lepas tu potong kek…aish, rasa macam nak nangis, sebak semacam jer. Mana tak nye, semua orang jadi friendly kot, rasa macam kitorang dah lama kenal. Masing-masing macam tak nak melepaskan antara satu sama lain. 



      Guys, I’ve never had such good and sporting friends like all of you. Through last second semester, I felt like I had brothers and sisters. I’ll never forget our memories… sob3 :’( May Allah bless all of you and just pray that we will meet again next time.

Wassalam...

Saturday, 10 March 2012

Be MaTuReD, PLeaSe!



Assalamualaikum w.b.t,
      Good afternoon everyone. Alhamdulillah, kenyang betol rasanya lepas makan sepinggan nasi + ayam bakar + kerabu mangga + daging hangus + air sirap limau. Rasa macam mimpi jer. Mana tak nye, selalunya masa nie aku baru bangun tidur (masa kat kampus every weekend…kat kampus jer k, kalau kat rumah confirm kena tibai dek mak aku! ), but hari nie dah kenyang makan. Aku baru balik dari Tanjung Api, makan-makan dengan parents aku. Parents aku datang,woi!
      Dah lar, aku bukan nak cerita pasal tu. But, nak komplen pasal sifat kebudak-budakkan and kesensitiviti yang melampau! Benda nie bukan pada aku, tapi pada orang lain. Kalau jadi kat aku, emm, aku kan jenis takde perasaan,hahaha…so, aku tak tunjuk pada orang lain. Kan aku dah cakap, orang yang suka tunjuk perasaan kat orang lain nie nampak agak GEDIK! And aku tak suka orang GEDIK.
      Okay lar, bendanya cegini… (bahasa apa aku guna nie???) aku memang pantang kalau orang over react. Pasal benda remeh-temeh pun nak gaduh-gaduh. Benda tu kecil jer pun, tak payah la nak over react. Takkan nak gurau sikit pun tak boleh? Kalau tak boleh, duduk dalam hutan lar wei! Orang utan pun reti nak bergurau. Sikit-sikit nak terasa, lepas tu mula lar buat skill merajuk…uwekkk, annoying giler! Sikit-sikit nak sentap! Pergh, sakit otak jugak dengan orang macam nie…geli pun ada jugak.
      Try la jadi professional and matured sikit. Dah boleh jadi mak/bapak budak, tapi perangai still macam budak-budak. Cer sabor sikit. Kadang-kadang, bila kita sabar and pendam perasaan nie, kita boleh muhasabah diri kita. Dalam masa duk main perasaan tu, kita akan pikir kenapa sesuatu benda tu jadi kat kita. Takde benda yang jadi tanpa sebab and setiap yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya. Dah lar,penat aku duk membebel sorang-sorang kat sini.

 Mood final exam. Esok aku dah start exam. Pray for me, please. Tadi mak aku tanya, "dah sediakan pistol ke untuk esok??". Sampai hati =')

Wassalam…

Thursday, 8 March 2012

PaBiLa UsTaZ BeRsUaRa


Assalamualaikum w.b.t,
      Hye olls and good evening ^_^ (*nada gedik disitu),kui3… Emm,haa…aku nak cerita pasal aku and kawan-kawan bila dalam kelas CTU (Islamic Education), kalau masa sekolah dulu kitorang panggil PAI. Bagi aku, kelas nie aku panggil sebagai Kelas Pendidikan Seni Islam, bukan setakat belajar agama, tapi at the same time belajar melukis,kih3…
      Yeah, kelas agama nie memang membosankan. But, since aku form 1 sampai sekarang, kelas agama memang selalunya tenang and aku akan rasa bersemangat giler nak pergi kelas nie. Rasa releks jer. Mana tak nye, ustaz and ustazah yang mengajar memang tak pernah bagi homework or esaimen. Kalau ada pun, memang confirm aku tak buat sebab dah tau yang ustaz and ustazah takkan marah,hahaha…(dah takde ciri-ciri budak nerd kan?? *bangga)
      Aku selalunya akan focus dalam masa 20 minit yang pertama jer dalam kelas (boleh dikira lama jugak lar tu). Lepas tu aku akan start conteng buku nota. Tapi sambil-sambil dengar apa yang ustaz cakap lar…at least aku tak tidur,hehe…nak tengok hasilnya? Nie hasil seni semasa kelas agama sepanjang sem 2 kat sini,tadaaa…

Hasil karya pertama ^_^



Aku tau aku tak pandai melukis =,=’



Tak sempat siap =’)



Sungmin SUJU <3



Taecyeon 2PM <3



Nice!



Saja-saja jer nie.

      Okay, yang nie pulak gambar game yang aku main dengan Qilah. Main tembak menembak kott…


Best jugak main benda nie ^_^








Aku menang!


Siap ada tarikh lagi…bahan sejarah!


      Yang nie pulak gambar terbaru, dalam kelas CTU hari Rabu lepas. Memang giler lar, padahal ustaz ada kat belakang tu. Masa nie kitorang kena present esaimen. Aku tengah main game dalam handphone tu,kah3… 


      Okay, I think that’s all. Last task yang belum siap: hafal and baca surah al-luqman. Aku baru ingat 9/15 ayat,uwaaa…sempat k? Esok dah nak kena baca depan ustaz.
Wassalam…