Wednesday, 9 January 2013

TaMaT SuDaH~



Assalamualaikum w.b.t,
            Ni hao! Apa khabar? Salam 2013… now, I’m counting days again. Can’t wait for 18th January. You know why? My family will be here! And I’ll be back. Kelantan is waiting for me, dude! Can’t wait! Can’t wait! Can’t wait! (^_^)
             Well, sedar tak sedar, dah nak habis satu sem, rupa-rupanya ya. Hehe…cepat betol masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas je aku datang daftar kat sini. Then tengok family aku balik dari tingkap kat bilik, lepas tu nangis, hahaha… sebak rasa bila kena tinggal sorang-sorang kat tempat yang asing nie.  Lepas seminggu ikut minggu orientasi, then kelas pun start.
            At first memang awkward giler. Tak ramai yang aku kenal. First class, aku dah ada member. Nie hah, mak cik Dila.


Okay, abaikan gambar aku yang serabai tu.

            Then, lepas sebulan kot, baru la kenal nama semua classmates, tu pun asyik tertukar jer. And time passes, banyak benda yang berlaku. Walaupun bonding antara kitorang tak rapat sangat, but at least ada komunikasi antara kitorang. Hopefully, hubungan kitorang akan jadi lebih baik. Thank you, BM2261A…


Nie masa kelas Mandarin with Miss Stephanie. Tak semua ada. 


            Okay, last activity yang aku join sem nie adalah Annual Dinner International Business Society. Disebabkan aku salah seorang Exco IBS, so aku kenalah join buat persiapan dinner nie. Actually benda nie kitorang buat last minute. And, ramai yang complain pasal nie. Majority tak puas hati. Diorang cakap yang banyak benda tak ok. But, never mind, kitorang akan cuba perbaiki next sem.
            Nie first time aku join benda-benda macam nie, so bagi aku memang agak awkward. Then, bila ramai yang komplen, aku agak sedih. Sebab diorang macam tak hargai usaha kitorang yang sanggup korbankan masa rehat weekend untuk buat dinner tu. Nak ajak join pun diorang tak nak, memang menyedihkan. But, forget it. Yang penting aku enjoy. At least aku dapat pengalaman organize majlis.  


Tengok…ada nama aku,haha..



Tengah buat persiapan dewan with my classmates. 

 


Spend our whole day doing these flowers. 


            Okay, I guess that I should stop now. I have to do some revision. Exam! Exam! Exam! Bye-bye~ Zaijian~

Wassalam…

Thursday, 3 January 2013

NeW YeaR

Assalamualaikum w.b.t,


                Happy New Year, guys! Selamat menyambut tahun baru 2013. And this year, I’ll be 20. Hohoho…dah jadi angka 2 kat depan. But, you know what, it’s kinda unfair la, sebabnya tak sampai sebulan lagi kot aku sambut birthday ke 19, and then sekarang nie aku 20? Cis… hadiah hari jadi pun tak bukak lagi :(
            Don’t you realize something? I’m typing in new font style, right..? hehe…just a small adjustment for this messy blog. Tinggal 2 hari je lagi sebelum final exam. Feeling?? NERVOUS, of course! Aku pun tak tau kenapa, if you know me, then you’ll know that I’m a cool girl, kih3…(Am I right?). Normally, aku jarang rasa nervous. Even masa nak exam and ambik result SPM pun aku nervous last minute je. Tapi kali nie pelik sikit…
Maybe nie sebab effect LAW kot. Carry marks aku rendah siot! Why? Why?why??? kenapa aku kena belajar subjek nie? Apa kaitannya dengan kos aku?? Uwaa..stress!!! kena hafal semua section and cases… Apa kes?!
Ok, fine… daripada aku duk melalut kat sini, lebih baik aku bukak buku kan? Ye..ye.. bye2. Salam sayang dari Mr. and Miss Tea. Adios amigos~
#entry ni ditaip pada 1/1/2013.
Wassalam…

Wednesday, 26 December 2012

MisS Ya!

Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat petang uolls!! Uwaaaak…haha. Ngantuk ler. Time WINTER macam nie, rasa macam nak tidur 24 jam sehari. Tak nak bangun. Dah macam beruang kutub! *WINTER la sangat kan. Macam la kat puncak nie banjir. Hujan pun jarang-jarang jer :’)








      Oh god, I’m bored! Sangat-sangat!! Nak buat apa nie???? Nak study? Jangan harap. Bila bukak buku jer, confirm lagi rasa mengantuk. So, daripada aku tidur, lebih baik aku menghadap game, ye dok? Hahaha… :D
      Owh, semalam aku mimpi Mr.Tea. uwaaa…rindunya. Tolong! Tolong! Macam mana nie? Apa aku nak buat nie? Hari-hari tengok gambar dia pun still rindu lagi :( *dush *dush (tumbuk muka sendiri)







Woo..wooo…mood jiwang petang nie. Lapar~ ok, out dulu yer, bye2! :)

Wassalam…

Monday, 24 December 2012

Si TuLiP


Assalamualaikum w.b.t,
      Selamat petang dan salam “study week”,hahaha…
      Uish, kenapa lah study week nie lama sangat? Dua minggu. Lepas tu ada gap pulak antara subjek :( adoi, hati nie rasa macam nak tercabut and terbang balik Kelantan. Rindu oiii! Rindu Kelantan!
      Dua minggu kena terperuk and bertapa dalam bilik, rimas, boring, lapar, semua ada. Lebih-lebih lagi bila cafĂ© tutup. Lapar,huhu… dah 2 hari tak makan nasi. Sadis betol!
      So, aktiviti aku minggu nie, tidur, main game, tengok movie. Sangat-sangat ‘bermanfaat’ la study week aku. Ohoh! Aku pun rimas sebenarnya dengan aktiviti aku nie. Takut aku tak sempat study kalau aku teruskan aktiviti nie, tapi nak buat macam mana, hati dah rasa malas. Lagipun cuti panjang sangat, so lebih cenderung untuk procrastinate la yer,hahaha…
      Tadi aku boring sangat, so aku just usha-usha encik google and search gambar bunga favourite aku, si tulip. Subhanallah, cantik sangat. Huhu…aku nak sangat pergi kat tempat yang ada bunga tulip. Kat Malaysia ada ke???

















Cantik kan?? Lagi cantik dari bunga ros…serious, bagi aku ros sangat common. Takde apa-apa yang special pada ros. Kenapa ros je yang selalunya dikaitkan dengan cinta and romantic? I prefer tulip. :D

#Nanti nak mintak Mr.Tea buat kebun tulip kat depan rumah, boleh? :-)

Wassalam...


Friday, 21 December 2012

I'm FReE :D

Assalamualaikum.w.b.t,
      Hoorey! Hoorey! Hoorey! I’M FREE!!!

Hehe…akhirnya~ hilang segala beban kat kepala… kejap jer rasa. Guess what, aku dah habis lecture untuk sem 1. Tinggal final exam je, then boleh balik Kelate. Heaven~ :)
      So, sekarang nie study week. Exam aku start 4 Jan 2013. Oh god, I just realize that it’s next year,hahaha…Wish me luck, everyone!


      Rasa macam cepat jer masa berlalu. Macam baru minggu lepas aku daftar kat PALAM nie. Tup tap tup tap dah habis satu sem. Bila ingat-ingat balik, tak banyak memori aku sepanjang sem satu nie. Tak banyak benda menarik yang jadi. Hubungan dengan classmates pun tak berapa ngam sangat.
      Owh, tak sabarnya nak balik Kelantan. Akhirnya, hilang semua beban lepas siapkan semua esaimen and test. Lepas nie, boleh plan untuk habiskan cuti 2 bulan kat rumah. Macam-macam benda nak buat,haha… waa, time, please fly faster. I miss my room badly :’(

#plan nak lupakan Mr.Tea perlu ditunda,hahaha…something good happened between us,kua3…so,postpone yer ^_^



Wassalam…

Saturday, 8 December 2012

BiRThDaY

Assalamualaikum w.b.t,
      Hey, guys! I’m officially 19! Oyeah!! :)



      There’s nothing special to say. Actually I’m quite sad :( Yes, I am. Coz tahun nie tak dapat celebrate aku punya birthday :( Nie tahun kedua aku sambut birthday jauh dari family. But at least tahun lepas sempat jugak celebrate dengan family, walaupun lambat. Tapi tahun nie…memang tak la. Aku balik Kelantan next year kott,haha…yeah! Januari 2013.
      However, deep in my heart, I’m really thankful to my friends, especially Geng Beranda coz still remember my birthday. Thank you! I’m really appreciate it, girls! And of course tak lupa kepada my mom, orang pertama yang wish, siap send gambar hadiah lagi,hehe… tiap-tiap tahun mesti dapat hadiah dari dia. Tapi tahun nie takde bear :(
      This cute picture is from my friend. Close friend!




      Thanks all! Okay…that’s all. Bye!


#on this special day, should I replace Mr.Tea with someone else?? I must wake up from a childish dream, right?
Wassalam…


Saturday, 1 December 2012

SiBuK!

Assalamualaikum w.b.t,
      Agak lama aku tak update blog nie. Tengok last post, pada bulan Oktober. So, lebih kurang sebulan lebih. Sampai kan sekarang nie aku jadi agak awkward nak menaip. Asyik salah tekan huruf jer. Menyampah beb!
      Actually aku sibuk. Maklum la, dah namanya pelajar, kompem la sibuk. Ada ke orang yang tak sibuk? Sape? Sape? Kalau dulu, masa asasi memang la tak sibuk sangat. Kampus pun kecik jer, tak mencabar. Sekarang nie dah jadi budak degree, cabaran makin besar.
      Tiap-tiap hari bangun pukul 6.30 pagi. Kelas start pukul 8.30 pagi sampai pukul 6 petang. Rehat 2 jam jer. Tu tak termasuk aktiviti lain macam society meeting, group discussion atau pun latihan kawad kaki. Selalunya memang sampai malam la and aku dapat rest atas katil nie pukul 2 pagi. Sangat-sangat meletihkan. Sampai aku tidur pun otak still pikir pasal kerja yang nak kena buat. Bila bangun pagi tu, mula la pening kepala. Nasib badan~
      By the way, last two week, kalau tak silap aku, aku pergi camping kat Rawang. Kem Ikhtiar Hidup under Kesatria Negara. Nasib baik cuaca tak berapa baik, so aktiviti takde la lasak sangat. Actually tak macam kem pun. Kitorang tak tidur dalam khemah, sebab cikgu takut hujan. Nie first experience aku. Walaupun takde jungle treking, jalan kaki malam-malam buta kat dalam hutan and yang paling aku bersyukur, tak kena duduk sorang-sorang kat dalam hutan pada waktu malam. Sebenarnya aktiviti last tu memang kena buat, tapi disebabkan hujan and ada pacat, cikgu batalkan. *cikgu tu instructor Kesatria, selain Komander.
      Tapi ada jugak aktiviti yang best, aktiviti yang takkan aku lupakan, iaitu kena mandi air teh, nyanyi dalam kolam, main buaya biawak, kawad itik, mandi sungai, tidur macam pelarian, jejak kasih memalam buta and banyak lagi lah. Apa yang penting, kerjaaa sama…haha… aku enjoy dengan semua benda yang aku buat. Member aku kata aku over excited. Tak kisah la. Aku ada, kau ada? :D
      Aku nie takde la bencikan outdoor activities nie. Aku suka sebenarnya. Cuma takde orang yang motivate and support aku untuk bergiat aktif. Macam explorace yang aku masuk dulu. Best sebenarnya aktiviti tu. Aku dapat belajar banyak benda. Yang paling best ialah aku boleh kenal ramai orang and rasa apa itu kerjasama antara kumpulan. Benda yang sama aku rasa masa kat camp tu. Kitorang selalu buat benda secara berkumpulan. Makan pun dalam kumpulan. Aku jugak dapat jadi diri aku sendiri. Aku dapat rasa apa itu keseronokan yang sebenar and apa itu ‘life’.
      So, aku dah masukkan *join outdoor activities dalam matlamat jangka pendek aku. Hehe… aku sedar yang hidup cuma sekali. Jangan lepaskan peluang menikmati erti hidup yang sebenar. Kita tak boleh lari dari masalah kerana tanpa masalah, hidup tiada erti. “Trouble, he will find you no matter where you go. No matter if you fast, no matter if you slow. Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine!”

#Wish me luck, guys. Do pray for my success as I’ll face final exam next month. Thank you! <3

Wassalam…