Assalamualaikum w.b.t,
Firstly,
aku nak cakap…currently I’m here, UiTM Kampus Puncak Alam!
First
impression bila datang sini, “wow, not bad”. Bila dah pusing-pusing sekitar
kolej, “OK, nampak macam semua facilities ada”. Bila naik bilik, “Wow, nice!
Tapi, bilik air kecik”. Untuk makluman semua, beta punya bilik di Aras 5, yer.
Tapi ada lif. ^_^
Macam
biasa, minggu pertama as a freshie, aku kena masuk MDS dulu. MDS states for
Minggu Destini Siswa. Kononnya orientation week la kan. Tapi MDS kat sini lagi
relax la daripada masa aku masuk kat Jengka dulu. Maybe sebab perbezaan antara
Foundation dengan Degree. Masa MDS nie la aku mengenali apa itu Tangga Kejayaan
@ Tangga Batu Cave. Menurut kakak dan abang seniors, tangga tu lagi tinggi dan
bilangannya of course lagi banyak dari the real batu cave. Kelas Kau Jah~~
Hari
Isnin lepas merupakan first class aku kat sini. (Kononnya ada kelas). So,
awal-awal pagi, aku merangkak dalam kesejukan kat atas bukit nie menuruni
tangga kejayaan. First pergi fakulti pengurusan perniagaan (FPP). Lepas round2
fakulti tu, akhirnya aku tak jumpa jadual kelas. Then aku pergi pulak fakulti
sains kesihatan (FSK) yang agak jauh dengan FPP tu, naik tingkat 8. Hah! Dah
jumpa jadual. Bila tengok jadual, ok, kelas aku pukul 8.30 pagi and masa
sekarang ialah 8.20 pagi. *Dalam hati , “sempat lagi”.
Tapi
masalah nye, kelas aku kat Lab Puncak 2. Jeng3…kat mana? Habis seniors dengan
pekerja kat situ aku tanya Lab tu, tapi semuanya tak tau. Damn! Lepas tu aku
pusing lagi. Dan lagi. Dan lagi. Then tengok jam, 8.55 pagi. Ok, confirm aku
ponteng kelas hari nie. Next class aku pukul 10.30 pagi, sekali dengan roommate
aku. So, kitorang lepak kat café dulu sampai pukul 10 pagi.
Pukul 10.30 pagi, aku jumpa geng budak IB (International
Business) kat depan dewan kuliah 15, then aku tanya samada diorang pergi tak
kelas pagi and jawapan nya sama jugak, “tak jumpa kelas”. GOOD!! Kami dah
sama-sama sesat dalam kampus,hahaha…
Same
goes to the next day. Tapi bezanya dah jumpa kelas, tapi lecturer pulak takde. So,
up until today (Jumaat), baru 4 lecturers yang masuk kelas. Tapi tak belajar
pun, just bagi intro jer.
Ok,
done with that. Sekarang aku sedih, jeles, and rasa nak balik!!! Hari nie
family aku buat tahlil untuk arwah nenek aku sekali dengan majlis akikah sepupu
aku. So, semua orang tengah berkumpul kat rumah and aku pulak duk menahan lapar
sorang diri kat puncak nie. Nasib la~ ok, chow dulu..
Wassalam…


No comments:
Post a Comment