Sunday, 30 September 2012

ExPLoRaCe FBM 2012


Assalamualaikum w.b.t,
      Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you Allah. Hehehe…happy semacam jer yer dok? Yelah, aku sangat happy sebenarnya sebab semua urusan aku berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Weekend nie, aku kena hantar dokumen PTPTN dan join satu program fakulti Pengurusan Perniagaan, FPP @ FBM. Nama program tu, Gateway to Excellent yang diwajibkan untuk semua freshie bisnes. *tapi ada jer yang tak pergi.
So, pagi semalam aku ikut program tu, dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Kaunter PTPTN pulak dibuka sampai pukul 5 petang jer. Tapi, aku dimaklumkan bahawa freshie bisnes diberi keistimewaan coz still boleh hantar even dah pukul 5 lebih. *Nampak tak pencemaran bahasa yang aku dah guna? So, aku pergi hantar, but dokumen aku ditolak sebab tak lengkap, takde tandatangan dan cop saksi. Tapi masalahnya, masa tu dah takde saksi. So, aku kena lar hantar hari nie.
Pagi nie, kitorang kena join aktiviti explorace. Kitorang dibahagikan kepada 10 kumpulan secara random. Maknanya bukan ikut kos lar. So, aku dapat kumpulan 7. Nie first time aku join explorace. At first macam takut jugak lar, sebab aku tak kenal sangat member lain. 1 grup ada 30++ orang ahli. Ada 2 orang jer classmates yang 1 group dengan aku. Sorang lelaki, sorang pompuan. Nie dia, Amila. Opss…kak Amila,hehe…


Group aku okay lar. Actually lawak siot dengan leader yang banyak cakap macam mak cik-mak cik (leader aku lelaki) dan the motivator,keh3… Okay, sumpah lawak… kitorang kena lepasi 10 check points. Kat first check point, kitorang kena nyanyi kat Kompleks Raflesia. Kat situ adalah tempat makan @ café. So, memang ramai orang kat sini. Kitorang kena nyanyi lagu kuat-kuat, sampai semua orang dengar. And kitorang pilih lagu Keranamu Malaysia…patriotik kot…disebabkan tu jugak lar, kitorang disoal pasal bajet 2013 oleh abang-abang fasi. Nasib baik boleh jawab.
2nd checkpoint, 10 of us kena tiup tepung, emm I mean cari gula-gula dalam tepung. Nasib baik aku tak di ‘point’ oleh leader sengal tu. Then banyak lagi lar game. Yang paling takleh blah ialah main cari jodoh. Kitorang kena leraikan ikatan tali-tali yang disatukan tu untuk cari partner masing-masing. Game nie memang sangat-sangat menguji kerjasama group members. So, kerjasama kitorang ialah main tipu,ngeh3…semua cover and pura-pura main betol-betol,hahaha… tapi game nie memang seriously susah. Kitorang dapat habiskan game nie dalam masa 16 minit, 28 saat. Nasib baik main tipu, kalau tak, memang kitorang habiskan masa kat situ jer lar.
And surprisingly, group aku dapat gelaran juara and kitorang jugak merupakan satu-satunya group yang dapat lepasi semua check points. Okay, that’s really makes me happy and joyful. Aku enjoy sangat-sangat hari nie. Berbaloi la kitorang kena naik turun tangga batu cave tu. Rasa macam nak pitam! Tapi still best sebab banyak sangat gelak. Sakit perut kott, lari sambil gelak. Today, I can feel that, I’ve been myself. I feel free to laugh and talk to others sebab semua group member sempoi and tambah pulak leader yang sengal. So exciting…aku akan ingat memori nie, salah satu benda best kat UiTM Puncak Alam. Eh, lupa, kitorang punya cheers, “Action 7 is coming, ha ha ha” (sambil buat gaya Action Kamen. Kenal tak Action Kamen? Ala, yang dalam citer Shin Chan tu.) So, kitorang memang Shin Chan la hari nie. Best…
Kejap tadi aku dah hantar dokumen PTPTN tu and Alhamdulillah, takde masalah. Kejap jer pun…so, that’s all la rasanya. Nak rehat kejap. Then lepas Asar ada perjumpaan Quranic Group dengan akak-akak Persatuan Rakan Masjid :D

Wassalam…

No comments:

Post a Comment