Assalamualaikum
w.b.t,
Recently I posted this picture on fb. Aku bukan
sesaja post, okay. But I really mean it. Aku tujukan kata-kata nie kat
seseorang…orang yang curi sandal aku!
Okay, benda nie jadi seminggu lepas aku
ada kat sini. Betul-betul seminggu. Mungkin korang cakap, “Eleh, sandal jer
pun!”. Okay, cakap lar, aku tak kisah. Sebabnya benda nie tak kena kat batang
hidung korang sendiri, then korang boleh la cakap macam tu.
Kejadian nie terjadi pada hari Jumaat. Pagi
tu, aku keluarkan sandal tu dari bilik aku sebab aku nak turun makan. Tu lah
first time aku pakai sandal tu kat Palam nie (and second time aku pakai sejak
beli). Okay, bila naik, aku letak kat rak kasut dalam rumah. Tengah hari tu aku
tidur. Tapi bila aku nak turun beli makanan pada petangnya, aku tengok sandal
tu takde kat atas rak. Okay, fine~ Maybe ada yang terpakai sandal tu. But, bila
aku tanya semua housemate aku pasal sandal tu, semua cakap tak nampak. So, when
you’re in my shoe, what’s your first impression?
Nie kali pertama aku jadi mangsa kes macam
nie. Aku macam shock jugak la, sampai dua tiga kali jugak aku geledah bilik
nie, tapi memang confirm sandal aku takde. Kat rak tu, dah berpuluh-puluh kali
aku cari. Memang takde. Sampai sekarang nie, tiap kali masuk or nak keluar
rumah, aku mesti tengok kat rak, kot-kot si pencuri tu letak balik sandal aku. But,useless…
Okay, aku memang sedih and terasa dengan
kehilangan sandal tu. Memang la bukan mahal sangat, but apa yang aku boleh
cakap, tu sandal paling mahal yang pernah aku beli. Lagi satu, aku beli dengan
duit aku sendiri kott… duit raya lagi! Yang paling aku kesal, sandal tu aku tak
puas pakai lagi weyh! Baru dua kali. Waaa…benci! Benci! Benci! And korang tau
tak, tanpa sandal tu hidup aku susah kot kat sini. Sebabnya sandal tu la
satu-satunya yang aku ada untuk pakai masa nak turun beli makanan and pergi
kelas sebab kasut aku dah koyak. Takkan nak pakai selipar tandas kot. Nasib baik
Allah sayang kat aku. Dia permudahkan urusan aku. Mak aku sempat kirim beberapa
pasang lagi kasut and sandal kat sini sebelum start kelas. Alhamdulillah…
Bila jadi benda macam nie, seriously,
dalam hati aku memang dah hilang kepercayaan aku kat semua housemate aku. *sorry
aku cakap nie, andai korang terbaca. Tapi memang betol, aku dah hilang rasa
untuk rapat dengan korang semua. Sorry again! Memang aku tak patut buat or rasa
macam nie sebab bukan semua terlibat, maybe just sorang jer. Tapi disebabkan
sorang tu lar aku tak percaya kat semua. Sebabnya aku tak tau siapa si ‘seorang’
tu. So, mungkin korang dah faham kenapa aku tak suka lepak and rapat dengan
korang. Sorry!
Lastly, kepada si tangan panjang, aku
still bersangka baik pada kau. Walaupun aku sendiri tak tau apa sebab kau
tertarik sangat dengan ‘arwah’ sandal aku tu. Nak kata cantik, takde pun. Lagipun
sandal tu besar kott. Aku pakai pun punya lar longgar. Aish…macam aku cakap,
andai suatu hari nanti, aku tau identity kau, aku nak kau tau yang aku dah
maafkan kau. Siapalah aku untuk berdendam dengan orang yang desperate macam
kau. Hanya satu yang mampu aku buat, iaitu terus berdoa agar suatu hari nanti
Allah beri hidayah pada kau and moga-moga kau lulus la exam nanti. Haish, baru
first sem dah buat hal!. Kesian kat mak ayah yang selalu mendoakan kejayaan
kau. *actually aku tau siapa yang ambik, tapi biarla dia yang sedar
kesilapannya sendiri. Kau boleh lari dari hukuman dunia, tapi tak boleh lari
dari hukuman Allah yang Maha Adil. Bubye~
# Rindu
Mr.Tea ;-)
Wassalam…


No comments:
Post a Comment