Friday, 21 September 2012

SHaRiNg DoEsN'T MeaN CaRiNg


Assalamualaikum w.b.t,
      I’m still putting a lot of effort to adapt these new surroundings. Kalau bab study dengan kawasan puncak nie aku rasa dah ok, but not with new friends. I’m still trying to get along with them. Nama classmates pun tak tau lagi. Hehe…my bad!



      Entry nie aku nak maklumkan sikit salah satu sikap yang paling aku tak suka. And I hope lepas nie takde la orang yang salah sangka lagi dengan aku. It’s about “sharing is caring”. Okay, words nie kita selalu jer dengar bila dengan kawan-kawan, right?
For me, it’s really true, but I don’t like it damn much! Bukan sebab aku nie selfish ke apa (maybe sikit la), tapi aku tak boleh! Tapi aku nie tak boleh share certain thing je lar, bukan semua. It’s something yang aku rasa memang totally hak aku and orang lain takde hak untuk ambik dari aku. 


The precious thing is my bedroom. Yes, my bedroom! Okay, yang nie aku sangat-sangat sensitive. Aku pantang kalau orang suka-suka masuk bilik aku and buat macam hak sendiri. For me, my bedroom is my everything. Kat bilik tidur la tempat aku tidur (of course la kan), main, study, rehat, nangis, marah, gelak ketawa dan semua la. My bedroom is my private area. Kat dalam bilik la aku selalu tenangkan perasaan aku tiap kali aku marah ke, sedih ke… Lagi satu, semua benda yang KEPUNYAAN AKU ada kat dalam tu.
Next, aku punya buku! Aku memang pantang betol kalau orang cuba usik buku-buku aku. Tak kira la buku teks ke, komik ke, novel ke, majalah ke… selalunya buku-buku nie aku susun kat atas rak atau pun berselerak kat atas meja study dalam bilik aku. Aku sendiri pun tak tau kenapa, aku macam ada chemistry dengan buku. Walaupun aku bukan lah ulat buku, tapi aku suka buku! Aku suka beli buku, tapi selalunya memang takkan habis baca. Lagi satu, aku sayang nak buang buku-buku nie. Aku sanggup penuhkan rak kat dalam bilik tu daripada buang atau bakar. Sebab bagi aku, faedah ataupun maklumat kat dalam buku tu takde limit. Sampai bila-bila pun kita boleh gunakan buku tu, even tu buku sekolah rendah. And cita-cita aku nak buka kedai buku nanti,hehehe… I love being surrounded with books, entah la, rasa tenang jer.
Lagi, my bedroom secara overall. Tak kisah la bilik tidur aku tu kemas ke berselerak, yang penting it’s mine. Selalunya tak la kemas sangat, but apa yang aku selalu perhatikan, bila ada orang lain masuk bilik aku, there’ll be some changes with it. Tak kira la sekejap ke lama, bila orang lain masuk, mesti ada something wrong with it. Contohnya, bila adik aku masuk, mesti kedudukan barang-barang dalam bilik aku akan berubah walaupun dia masuk kejap jer. Tu baru kejap. Kalau lama, mula la nampak kertas-kertas kat atas lantai. Woo…and I hate it damn much! Sebab tu la aku melarang keras diorang masuk bilik aku. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa kejam la pulak. Sebabnya setiap kali diorang masuk bilik aku selalunya suruh diorang duduk atas lantai jer. Jangan nak mengada duk atas katil! *Kejam! Kejam!
So, aku tak kisah orang nak cakap aku nie suka terperap kat dalam bilik ke, bertapa dalam gua ke, sebab memang betol pun. Hanya aku yang dapat rasa ketenangan berada dalam bilik @ gua aku tu. But I bet most girls memang tak suka orang sentuh barang-barang dalam bilik kan? So, maknanya aku normal lagi… okay, that’s all lah. I miss my bedroom so much! Tak sabar nak balik Kelate!!



Wassalam…

Thursday, 13 September 2012

NeW PLaCe


Assalamualaikum w.b.t,
      Firstly, aku nak cakap…currently I’m here, UiTM Kampus Puncak Alam!



      First impression bila datang sini, “wow, not bad”. Bila dah pusing-pusing sekitar kolej, “OK, nampak macam semua facilities ada”. Bila naik bilik, “Wow, nice! Tapi, bilik air kecik”. Untuk makluman semua, beta punya bilik di Aras 5, yer. Tapi ada lif. ^_^
      Macam biasa, minggu pertama as a freshie, aku kena masuk MDS dulu. MDS states for Minggu Destini Siswa. Kononnya orientation week la kan. Tapi MDS kat sini lagi relax la daripada masa aku masuk kat Jengka dulu. Maybe sebab perbezaan antara Foundation dengan Degree. Masa MDS nie la aku mengenali apa itu Tangga Kejayaan @ Tangga Batu Cave. Menurut kakak dan abang seniors, tangga tu lagi tinggi dan bilangannya of course lagi banyak dari the real batu cave. Kelas Kau Jah~~



      Hari Isnin lepas merupakan first class aku kat sini. (Kononnya ada kelas). So, awal-awal pagi, aku merangkak dalam kesejukan kat atas bukit nie menuruni tangga kejayaan. First pergi fakulti pengurusan perniagaan (FPP). Lepas round2 fakulti tu, akhirnya aku tak jumpa jadual kelas. Then aku pergi pulak fakulti sains kesihatan (FSK) yang agak jauh dengan FPP tu, naik tingkat 8. Hah! Dah jumpa jadual. Bila tengok jadual, ok, kelas aku pukul 8.30 pagi and masa sekarang ialah 8.20 pagi. *Dalam hati , “sempat lagi”.
      Tapi masalah nye, kelas aku kat Lab Puncak 2. Jeng3…kat mana? Habis seniors dengan pekerja kat situ aku tanya Lab tu, tapi semuanya tak tau. Damn! Lepas tu aku pusing lagi. Dan lagi. Dan lagi. Then tengok jam, 8.55 pagi. Ok, confirm aku ponteng kelas hari nie. Next class aku pukul 10.30 pagi, sekali dengan roommate aku. So, kitorang lepak kat cafĂ© dulu sampai pukul 10 pagi.
      Pukul 10.30 pagi, aku jumpa geng budak IB (International Business) kat depan dewan kuliah 15, then aku tanya samada diorang pergi tak kelas pagi and jawapan nya sama jugak, “tak jumpa kelas”. GOOD!! Kami dah sama-sama sesat dalam kampus,hahaha…



      Same goes to the next day. Tapi bezanya dah jumpa kelas, tapi lecturer pulak takde. So, up until today (Jumaat), baru 4 lecturers yang masuk kelas. Tapi tak belajar pun, just bagi intro jer.
      Ok, done with that. Sekarang aku sedih, jeles, and rasa nak balik!!! Hari nie family aku buat tahlil untuk arwah nenek aku sekali dengan majlis akikah sepupu aku. So, semua orang tengah berkumpul kat rumah and aku pulak duk menahan lapar sorang diri kat puncak nie. Nasib la~ ok, chow dulu..

Wassalam…